ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 27, 2024 -Sabtu

 
 
 

Isnin 31/10/2022

JEMPUTAN: MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN ANTARA AGROBANK DAN FOODPANDA

Agrobank dan foodpanda akan menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi mempromosikan pembiayaan Agrobank khususnya Program Pemulih NewBiz dan Pemulih Mikro Kredit di bawah Dana Pembiayaan Agromakanan Keluarga Malaysia (DPAKM) yang mensasarkan segmen-segmen di bawah foodpanda termasuk penghantar makanan, restoran dan kedai panda, serta peniaga-peniaga 'HomeChef' baharu.

Kerjasama ini bakal menyediakan satu saluran bagi Agrobank untuk memanfaatkan pangkalan data foodpanda yang merangkumi golongan peniaga, dan 'followers' dan pelanggannya.

Majlis menandatangani MoU diwakili Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin dan Pengarah Urusan foodpanda, Sayantan Das.

Berikut adalah butiran program:

Hari / Tarikh: Selasa 1 November 2022

Masa: 10.00 pagi - 12.30 tengahari

Tempat: Ibu Pejabat foodpanda, 36-01, Menara B,
The Vertical Corporate Tower Bangsar South
59200 Kuala Lumpur

Parkir : Visitors Tower B (kad Touch n Go/debit visa diperlukan)

Atur cara:
Sila klik di sini untuk atur cara majlis.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

*Dikeluarkan oleh Jabatan Komunikasi Korporat Agrobank*

SUMBER: Agrobank

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Shahreen Rahim
Ketua Bahagian Perhubungan Awam
Tel: 012-943 6217

Nama: Rasheffa Abdul Rashid
Eksekutif Perhubungan Awam
Tel: 019-272 9907

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.