ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
 
 

Selasa 27/09/2022

JEMPUTAN MENGADAKAN LIPUTAN MEDIA DI MAJLIS PELANCARAN PAKEJ MEKANISASI LADANG DAN FERTIGASI TANAMAN UBI KELEDEK

Dimaklumkan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) akan mengadakan Majlis Pelancaran Pakej Mekanisasi Ladang dan Baja Fertigasi Tanaman Ubi Keledek yang akan disempurnakan oleh YB Datuk Seri Ahmad bin Hamzah, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I seperti ketetapan berikut:

Hari/Tarikh: Khamis 29 September 2022

Masa: 9.30 pagi

Tempat: MARDI Bachok, Bachok, Kelantan


Sila klik di sini untuk program

Untuk makluman rakan media, pakej mekanisasi ladang lengkap yang meliputi kesemua aspek operasi di ladang iaitu melibatkan operasi penyediaan tanah, penanaman, penjagaan tanaman dan penuaian yang akan memendekkan masa bagi operasi penanaman ubi keledek. Bagi baja fertigasi tanaman keledek pula, fomulasi baja yang dirumus khusus untuk sistem penanaman keledek secara fertigasi bagi meningkatkan tumbesaran serta hasil yang banyak berbanding kaedah penanaman secara konvensional.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis pelancaran tersebut.

SUMBER: Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Pn. Nur Akmal binti Hassan
Tel: 019-455 3400

Nama: Pn. Siti Aishah binti Mohd Shari
Tel: 012-621 1371

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.