ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 25, 2024 -Khamis

 
 
 

Rabu 25/05/2022

MAJLIS PELANCARAN KEMPEN INISIATIF BAJET 2022 - 'JADIKAN HALAL PILIHAN UTAMA ANDA'

Disempurnakan oleh Yang Berbahagia Datuk Lokman Hakim Ali, Ketua Setiausaha, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)

Halal Development Corporation Berhad (HDC), sebuah agensi di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), akan melancarkan "Kempen Inisiatif Bajet 2022 - "Jadikan Halal Pilihan Utama Anda" sempena Program BAJET 2022.

Objektif utama program ini adalah untuk membantu meningkatkan kompetensi dan jualan produk halal pengusaha kecil dan sederhana (PKS) yang terjejas semasa pandemik Covid-19 dan memperkukuh jenama Halal Malaysia dan promosi bersasar melalui kerjasama dengan rakan strategik: Lulu, Lotus's dan Foodpanda.

Acara Pelancaran Kempen ini akan disempurnakan oleh Yang Berbahagia Datuk Lokman Hakim Ali, Ketua Setiausaha, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). Turut hadir bersama ialah:

1.Encik Hairol Ariffein Sahari, Ketua Pegawai Eksekutif, HDC
2.Encik Asif Moidu Ahamed, Pengarah Serantau, Lulu International Group
3.Encik Kenneth Chuah Jin Kiat, Presiden, Lotus's Store (Malaysia) Sdn Bhd
4.Encik Sayantan Das, Pengarah Urusan, Foodpanda Malaysia


Majlis Pelancaran akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:

Hari/Tarikh: Jumaat 27 Mei 2022

Masa: 3:00 petang (Pendaftaran)

Tempat: Amber Junior Ballroom, Ground Floor, Avante Hotel, 1, Persiaran Bandar Utama, Bandar Utama, Petaling Jaya, 47800 Selangor


Program

3:00 petang: Ketibaan Para Jemputan dan Pendaftaran

: Ketibaan YBhg. Datuk Lokman Hakim Ali
Ketua Setiausaha
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)

3:15 petang: Bacaan Doa oleh Ustaz Muhammad Zihni Khalid

: Nyanyian Lagu Negaraku

: Ucapan Aluan oleh
YBrs. En Hairol Ariffein Sahari
Ketua Pegawai Eksekutif
Halal Development Corporation Berhad

: Tayangan Video

: Ucaptama Majlis Pelancaran Kempen Inisiatif Bajet 2022 oleh
YBhg. Datuk Lokman Hakim Ali
Ketua Setiausaha
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)

: Upacara Pelancaran Kempen Inisiatif Bajet 2022 yang disempurnakan oleh
YBhg. Datuk Lokman Hakim Ali
Ketua Setiausaha
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)
(perasmian akan menggunakan 'push button' dan memaparkan logo
kempen)


: Penyampaian Sijil Penghargaan dan Cenderahati kepada Rakan-Rakan Strategik

4:45 petang: Sidang Media

5:30 petang: Minum Petang

: Majlis Bersurai

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

MENGENAI HALAL DEVELOPMENT CORPORATION BERHAD (HDC)
Halal Development Corporation Berhad (HDC) merupakan peneraju pembangunan bersepadu negara dan ekosistem Halal secara komprehensif untuk meletakkan Malaysia sebagai negara paling kompetitif meneraju industri halal global. Ditubuhkan pada 18 September 2006, HDC dikenali sebagai pusat penyelaras yang mempromosikan penyertaan dan menyediakan kemudahan pertumbuhan di kalangan pemain industri dalam pembangunan ekosistem Halal Malaysia. Juga sebuah agensi di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI); organisasi pertama dunia yang disokong kerajaan dalam pembangunan industri Halal. Untuk maklumat lebih lanjut, sila lawati HDC di - www.hdcglobal.com.

SUMBER: Halal Development Corporation Berhad (HDC)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Norsida Ahmad
Komunikasi Korporat
Tel: +6012 324 9703
E-mel: norsida.ahmad@hdcglobal.com

-BERNAMA


 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.