ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

November 30, 2021 -Selasa

 
 
 

Rabu 17/11/2021

MAJLIS PENGUMUMAN SENARAI AKHIR DAN SIDANG MEDIA ANUGERAH FRANCAIS MALAYSIA 2021 (MAF2021)

Persatuan Francais Malaysia akan menganjurkan Anugerah Francais Malaysia kali ke-23 pada tahun ini. Anugerah Francais Malaysia telah mula diperkenalkan pada tahun 1997 dan menjadi acara tahunan bagi memberi galakkan kepada pembangunan francais di pasaran tempatan dan antarabangsa.

Oleh yang demikian, dimaklumkan bahawa satu Majlis Pengumuman Calon Akhir dan sidang media berkenaan anugerah ini akan diadakan seperti ketetapan berikut:


Hari/Tarikh: Isnin 22 November 2021

Masa: 9.30 pagi

Tempat: Summer Palace Restaurant, Putrajaya Marriott Hotel, IOI Resort City

Tetamu Kehormat: YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam Bin Hj. Ahmad (Ketua Setiausaha, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP)

Program:


9.30 Pagi: Ketibaan Para Tetamu dan Jemputan

: Pendaftaran Media

10.00 Pagi : Ketibaan YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam Bin Hj. Ahmad
Ketua Setiausaha,
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP)

: Aluan Pengerusi Majlis

10.05 Pagi: Ucapan Aluan YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam Bin Hj. Ahmad
Ketua Setiausaha,
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP)

10.10 Pagi: Ulasan Penilaian Anugerah Francais Malaysia 2021
Profesor Dr Azmawani Abd Rahman
Pengerusi Anugerah Francais Malaysia 2021

10.15 Pagi: Pengumuman & Penyampaian Sijil Senarai Akhir Anugerah Francais Malaysia 2021

10.30 Pagi: Tamat Majlis Pengumuman Senarai Akhir

: Sidang Media & Jamuan Ringan

Kod Pakaian: Kasual / Kemas


Majlis ini akan diadakan dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan. Justeru itu, pihak Tuan/ Puan hendaklah membuat pendaftaran RSVP terlebih dahulu.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan Majlis tersebut.

SUMBER: Persatuan Francais Malaysia (MFA)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT DAN RSVP, SILA HUBUNGI:
Nama: Nurul Ain Mohamad
Tel: 011-29240213
E-mel: ain.mohamad@mfa.org.my

-BERNAMA




 
 
 

Copyright @ 2021 MREM . All rights reserved.