ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
 
 

Isnin 11/10/2021

JEMPUTAN KE MAJLIS PERASMIAN HARI INOVASI MARDI 2021 (HIM 2021)

Dimaklumkan bahawa MARDI akan menganjurkan Hari Inovasi MARDI 2021 pada 12hb hingga 14hb Oktober 2021 (Selasa hingga Khamis) bertempat di lbu Pejabat MARDI, Serdang.

Untuk makluman, penganjuran Hari Inovasi MARDI merupakan acara tahun MARDI, platform terbaik bagi membolehkan warga MARDI mempamer, berkongsi dan menonjolkan penemuan hasil penyelidikan yang telah dijalankan dalam bentuk inovasi dan teknologi. Inovasi dan teknologi merupakan pemangkin untuk memajukan pertanian negara, khususnya golongan sasar seperti petani, penternak, nelayan dan usahawan. Hari Inovasi MARDI 2021 melibat beberapa program iaitu Pertandingan dan Pameran MARDI Science & Technology (MSTE), Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK), Anugerah Inovasi MARDI (AM) dan Akar Umbi MARDI (AUM), pelancaran produk inovasi dan buku ilmiah serta seminar/wancana intelektual.

Sehubungan dengan itu, MARDI akan mengadakan MAJLIS PERASMIAN HARI INOVASI MARDI 2021 (HIM 2021) yang akan disempurnakan oleh YB Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee, Menteri Pertanian dan Industri Makanan pada ketetapan seperti berikut:

Hari/Tarikh : Selasa 12 Oktober 2021

Masa : 9.30 pagi

Tempat : Dewan Tan Sri Yusof Hashim (Hibrid)
lbu Pejabat MARDI, Serdang, Selangor



PROGRAM

9.30 pagi : Ketibaan tetamu jemputan

9.45 pagi : Ketibaan YBhg. Dato' Dr. Mohamad Zabawi bin Abdul Ghani
Ketua Pengarah MARDI

: Ketibaan YBhg. Dato' Haslina binti Abdul Hamid
Ketua Setiausaha
Kementerian Pertanian dan Industri Makanan

10.00 pagi : Ketibaan YB Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Menteri Pertanian dan Industri Makanan

: Nyanyian lagu Negaraku

: Bacaan doa

- Ucapan alu-aluan oleh:
YBhg, Dato' Dr. Mohamad Zabawi bin Abdul Ghani
Ketua Pengarah MARDI

- Ucapan oleh:
YB Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Menteri Pertanian dan Industri Makanan

: Gimik dan montaj Perasmian Hari Inovasi MARDI 2021

: Gimik dan Pelancaran Produk Inovasi MARDI

- Produk minuman berasaskan terung asam
- Produk krim berasaskan sayuran maman dengan anti keradangan
- Aiskrim kelapa kurang kalori
- Minuman kelapa muda berkarbonat

: Penyampaian cenderahati

: Sidang media

12.00 tengah hari : Bersurai


Bersempena dengan majlis tersebut MARDI turut akan melancarkan empat (4) produk inovasi hasil penyelidikan MARDI iaitu produk minuman berasaskan terung asam, produk krim berasakan sayuran maman dengan anti keradangan, aiskrim kelapa kurang kalori dan minuman kelapa muda berkarbonat.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

SUMBER : INSTITUT PENYELIDIKAN DAN KEMAJUAN PERTANIAN MALAYSIA (MARDI)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : En. Abdul Rahman bin Abdul Razak
Tel : 019-248 0204

Nama : Pn. Siti Aishah binti Mohd Shari
Tel : 012-621 1371

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.