Julai 06, 2025 -Ahad

 
 
 

Jumaat 30/04/2021

Majlis Iftar Muzakki Bersama Anak Yatim Dan Pelancaran Aplikasi MyZakat 2021

Pusat Pungutan Zakat - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) akan mengadakan Majlis Iftar Muzakki Bersama Anak Yatim dan Pelancaran Aplikasi MyZakat 2021.

Majlis akan disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Turut hadir Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Datuk Dr Mohd Daud Bakar serta Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Abdul Hakim Amir Osman.

Hari/Tarikh: Sabtu 1 Mei 2021 / 19 Ramadan 1442H

Masa: 5.45 petang (majlis bermula 6.15 petang)

Tempat: Grand Ball Room Tenera Hotel, Bangi


Mohon kerjasama untuk mematuhi SOP yang ditetapkan oleh MKN.


Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

SUMBER : Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Puan Fatin Aqilah
Tel: 017-393 5432

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.