ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 26, 2024 -Jumaat

 
 
 

Selasa 27/04/2021

JEMPUTAN KE LAWATAN KERJA MENTERI PERTANIAN & INDUSTRI MAKANAN KE MARDI CAMERON HIGHLANDS; PERASMIAN PUSAT KECEMERLANGAN PERTANIAN HIJAU MARDI CAMERON HIGHLANDS SERTA PELANCARAN TEKNOLOGI BIOPESTISID MULTI VIRUS & BAJA ORGANO MINERAL

Dimaklumkan MARDI akan mengadakan LAWATAN KERJA MENTERI PERTANIAN & INDUSTRI MAKANAN KE MARDI CAMERON HIGHLANDS; PERASMIAN PUSAT KECEMERLANGAN PERTANIAN HIJAU MARDI CAMERON HIGHLANDS SERTA PELANCARAN TEKNOLOGI BIOPESTISID MULTI VIRUS & BAJA ORGANO MINERAL yang akan disempurnakan oleh YB Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee, Menteri Pertanian dan Industri Makanan pada ketetapan seperti berikut:

Hari/Tarikh: Khamis 29 April 2021

Masa: 10.30 pagi

Tempat: MARDI Cameron Highlands, Tanah Rata, Pahang


Dimaklumkan bahawa MARDI Cameron Highlands yang terletak di Tanah Rata, Cameron Highlands berada pada ketinggian 1,400m dari aras laut, bersuhu nyaman sepanjang tahun (14°-24°C) dan mempunyai tarikan yang tersendiri sejak ditubuhkan. Ia menempatkan ladang dan kilang teh tertua di Malaysia, di samping mempunyai koleksi pelbagai buah temperat seperti epal, pir, anggur dan strawberi, serta bunga temperat popular iaitu kekwa, teluki dan ros. Terdapat juga Taman Arnab dan Taman Rama-Rama Tunku Azizah Iskandariah yang dirasmikan pada 10 Mac 2018. Laman dapur, laman herba juga menjadi salah satu tarikan untuk pelancong.

Taman Agroteknologi MARDI Cameron Highlands ialah salah satu daripada tujuh Pusat Kecemerlangan Pertanian MARDI. Penyelidikannya lebih tertumpu kepada teknologi hijau dan pertanian tanah tinggi menjadi sumber ilmu untuk masyarakat. Taman ini merupakan pusat pembelajaran Pertanian Hijau.

Program

10.30 pagi : Ketibaan tetamu jemputan

10.45 pagi : Ketibaan YBhg. Datuk Dr. Mohamad Roff bin Mohd Noor
Ketua Pengarah MARDI

: Ketibaan YBhg. Dato' Haslina binti Abdul Hamid
Ketua Setiausaha
Kementerian Pertanian dan Industri Makanan

11.00 pagi : Ketibaan YB Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Menteri Pertanian dan Industri Makanan

11.15 pagi : Nyanyian lagu Negaraku

: Bacaan Al Fatihah

: Aluan oleh:
YBhg. Datuk Dr. Mohamad Roff bin Mohd Noor
Ketua Pengarah MARDI

: Taklimat khas:
Aktiviti Penyelidikan di MARDI Cameron Highlands dan Taman Agroteknologi MARDI
Cameron Highlands oleh Pengarah MARDI Negeri Pahang

: Lawatan ke Makmal Kawalan Biologi Gimik dan montaj Perasmian Pusat Kecemerlangan Pertanian Hijau MARDI Cameron Highlands

: Penanaman pokok oleh YBM

: Pelancaran Teknologi Biopestisid Multi Virus dan Baja OrganoPlus serta penuaian kubis di ladang kubis

: Penyerahan produk Biopestisid Multi Virus dan Baja OrganoPlus kepada wakil petani

: Penyampaian cenderahati

: Sidang media

: Lawatan ke ladang dan kilang teh MARDI, plot demo kawalan hakisan tanah dan projek Biogas MARDI-JAIF

2.00 petang : Bersurai

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan lawatan kerja tersebut.

SUMBER: Malaysia Agricultural Research and Development Institute (MARDI)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Encik Jafni bin Johari Jiken
Tel: 016-980 5587

Nama: Pn. Siti Aishah binti Mohd Shari
Tel: 012-621 1371

-BERNAMA


 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.