ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 24, 2024 -Rabu

 
 
 

Isnin 22/06/2020

MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN AKTIVITI DAKWAH DAN KEBAJIKAN & PELANCARAN APLIKASI MOBILE JEJAK ASNAF (MoJA)

Dimaklumkan buat julung-julung kalinya, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) akan melancarkan satu aplikasi mobil bagi tujuan pengesanan dan penjejakan asnaf atau mereka yang dalam kesusahan. Aplikasi ini akan memudahkan orang ramai untuk melaporkan tentang mereka yang dalam kesukaran hidup untuk dibantu oleh MAIWP.

Sehubungan itu, rakan-rakan media dijemput membuat liputan media majlis pelancaran aplikasi tersebut yang akan diadakan seperti berikut:

Hari/Tarikh: Selasa 23 Jun 2020

Masa: 12.00 tengah hari

Tempat: Dewan Seminar, Aras 1 Bangunan PERKIM, Jalan Sultan Azlan Shah, 51200 Kuala Lumpur

Perasmi: YB Senator Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri,
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)


Selain itu, pada majlis tersebut akan disampaikan peruntukan kepada NGO-NGO yang menjalankan aktiviti sukarelawan, dakwah dan kebajikan.

Aturcara

11.30 pagi : Ketibaan jemputan

11.50 pagi : Ketibaan: YBhg. Dato' Sri Syed Hussien AlHabshee,
Pengerusi MAIWP


12.00 tengah hari : Ketibaan: YB Senator Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

Bacaan Doa

Ucapan Perasmian Oleh: YB Senator Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri,
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)


Penyerahan Bantuan Aktiviti Dakwah Dan Kebajikan

Pelancaran MoJA

Jamuan & Bersurai

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis pelancaran aplikasi tersebut.

SUMBER: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Wan Ahmad Fadhli Shah bin Wan Mohamad Zain
Ketua Unit Komunikasi Korporat MAIWP
Tel: 019-6644369
E-mel: wfadhli@maiwp.gov.my

Nama: Nur Najihah binti Abdullah Sampit
Unit Komunikasi Korporat MAIWP
Tel: 019-2043200
E-mel: najiha@maiwp.gov.my

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.