ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 25, 2024 -Khamis

 
 
 

Rabu 22/01/2020

LAWATAN BERPANDU MEDIA SEMPENA FESTIVAL KRAF TEKSTIL PANTAI TIMUR 2020

Dimaklumkan, Kraftangan Malaysia agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia akan menganjurkan Festival Kraf Tekstil Pantai Timur (FKTPT) pada 23 Januari hingga 2 Februari 2020 (11 hari) bertempat di Dataran Muhammadi & pusat beli-belah KB Mall, Kota Bharu, Kelantan.

Festival Kraf Tekstil Pantai Timur yang kali ke-2 dilaksanakan tahun ini merupakan platform yang diwujudkan oleh Kraftangan Malaysia bagi membantu usahawan kraf mempromosi dan memasarkan produk kraf khususnya tekstil batik, songket dan Tenun Pahang Diraja secara terus kepada pengguna dan seterusnya membantu menggalakkan perkembangan industri kraf di Pantai Timur.

Justeru, Kraftangan Malaysia amat berbesar hati menjemput pihak media untuk hadir dan membuat liputan Lawatan Berpandu Media sempena Festival Kraf Tekstil Pantai Timur pada ketetapan seperti berikut:

Hari/Tarikh: Khamis 23 Januari 2020

Masa: 10.15 pagi

Tempat: Dataran Muhammadi, Kota Bharu, Kelantan

Bersama: Encik Nor Azmi bin Ismail
Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan


Program

10.15 pagi: Ketibaan media

10.30 pagi: Taklimat Festival Kraf Tekstil Pantai Timur oleh Encik Nor Azmi bin Ismail
Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan

: Lawatan ke Festival Kraf Tekstil Pantai Timur 2020

: Temu ramah bersama usahawan

: Jamuan

12.00 tengah hari: Majlis Bersurai

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan Majlis Liputan Lawatan Berpandu ke Festival Kraf Tekstil Pantai Timur 2020 tersebut.

SUMBER: Kraftangan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Cik Noor Azima Mohd Alwi
Tel: 013-727 6672

Nama: Encik Fouzee bin Tahir
Tel: 019-958 0448

-BERNAMA




 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.