|
|
|
|
|
|
Rabu 22/01/2020
LAWATAN BERPANDU MEDIA SEMPENA FESTIVAL KRAF PERLIS 2020
Kraftangan Malaysia agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia akan mengadakan Festival Kraf Perlis buat julung-julung kalinya mulai 23 Januari hingga 2 Februari 2020, bertempat di perkarangan Kraftangan Malaysia Cawangan Perlis, Batu 5,Jalan Kuala Perlis, 01000 Kangar, Perlis. Festival ini menampilkan kepelbagaian produk kraf berasaskan lima bidang utama kraf iaitu tekstil, hasil rimba, hasil tanah, hasil logam dan aneka kraf. Festival ini juga turut menjadi platform utama kepada usahawan untuk bertemu dan mengetahui sendiri kehendak serta keperluan pengguna masa kini.
Sehubungan itu, satu Program Lawatan Berpandu Media sempena Festival ini akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Hari/Tarikh: Khamis 23 Januari 2020
Masa: 10.15 pagi
Tempat: Kraftangan Malaysia Cawangan Perlis,
Batu 5,Jalan Kuala Perlis, 01000 Kangar, Perlis
Bersama: Encik Ahmad bin Said
Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Perlis
Program
10.15 pagi: Ketibaan media
10.30 pagi: Taklimat Festival Kraf Perlis 2020 oleh Encik Ahmad bin Said
Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Perlis
: Lawatan ke Festival Kraf Perlis 2020
: Temu ramah bersama usahawan
: Jamuan
12.00 tengah hari: Majlis Bersurai
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan Program Lawatan Berpandu Media sempena Festival tersebut.
SUMBER: Kraftangan Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Puan Norehan Ab.Ghani
Tel: 012-6578824/03-21613793
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|