ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
 
 

Khamis 16/01/2020

JEMPUTAN MEMBUAT LIPUTAN MEDIA SEMPENA MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN ANTARA UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG (UMP) DAN SYARIKAT AGRICO AGRICULTURAL DEVELOPMENT, QATAR

Universiti Malaysia Pahang (UMP) akan mengadakan majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Syarikat Agrico For Agricultural Development, Qatar pada ketetapan berikut;

Hari/Tarikh: Isnin 20 Januari 2020

Masa: 10.00 pagi

Tempat: Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur.


Program

10.00 pagi: Ketibaan Tetamu

10.00 pagi: Ketibaan Pengerusi Lembaga Pengarah UMP, Naib Canselor UMP dan Pengerusi Pembangunan Projek Antarabangsa Agrico Agricultural Development

: Ucapan Aluan Naib Canselor UMP Prof. Ir. Dr. Wan Azhar Wan Yusoff

: Ucapan Pengerusi Pembangunan Projek Antarabangsa Agrico Agricultural Development, Qatar Ahmed Hussain Al-Khalaf

: Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Malaysia Pahang dengan Syarikat Agrico Agricultural Development, Qatar

: Penyampaian Cenderamata dan Sesi Bergambar

12.00 tengah hari: Jamuan


Program ini bertujuan untuk menjalinkan hubungan kerjasama antara UMP dengan Syarikat Agrico Agricultural Development, Qatar dalam bidang penyelidikan, pengkomersialan dan pembangunan produk pertanian Organic Mono Potassium Phosphate (MKP) dan Organic Calcium Nitrate (CANO3).

Agrico Agricultural Development merupakan syarikat yang membekalkan sistem penanaman menggunakan kaedah rumah hijau. Menerusi kerjasama ini penyelidik UMP akan menghasilkan produk pertanian Organic Mono Potassium Phosphate (MKP) dan Organic Calcium Nitrate (CANO3) bagi kegunaan rumah hijaunya.

Turut hadir dalam majlis ini Pengerusi Lembaga Pengarah UMP, Dato' Sri Ibrahim Ahmad, Naib Canselor UMP, Prof. Ir. Dr. Wan Azhar Wan Yusoff dan Pengerusi Pembangunan Projek Antarabangsa Agrico Agricultural Development, Qatar, Ahmed Hussain Al-Khalaf dan Duta Negara Qatar di Malaysia, H.E Fahad Mohammed Kafoud.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

SUMBER: Universiti Malaysia Pahang

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama: Pn. Mimi Rabita Abdul Wahit
Tel: 09-4245058 /019-9887321
E-mel: mimirabitah@ump.edu.my

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.