|
|
|
 |
|
|
Jumaat 29/11/2019
JEMPUTAN KE MAJLIS SIDANG MEDIA FESTIVAL KRAF JOHOR 2019 DAN PREVIU PRODUK KRAF VM2020
Dimaklumkan, Kraftangan Malaysia agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia akan menganjurkan Festival Kraf Johor pada 20 hingga 31 Disember 2019 bertempat di Padang A, Angsana Johor Bahru Mall, Johor Bahru. Melalui festival ini, pelbagai aktiviti akan diadakan seperti jualan, pameran kraf, demonstrasi pembuatan produk kraf, interaktif kraf serta persembahan kebudayaan.
Sehubungan itu, satu Majlis Sidang Media dan Previu Produk Kraf VM2020 akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:
Hari/Tarikh: Selasa 3 Disember 2019
Masa: 10.00 pagi
Tempat: Kompleks Kraf Johor
Bersama: Yang Berusaha Encik Ibrahim bin Ismail, Ketua Pengarah
Kraftangan Malaysia
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan Majlis Sidang Media dan Previu Produk Kraf VM2020 tersebut.
SUMBER: KRAFTANGAN MALAYSIA
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Cik Noor Azima Mohd. Alwi
Tel: 013-727 6672
Nama: Puan Norehan
Tel: 012-657 8824
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|