Julai 06, 2025 -Ahad

 
 
 

Khamis 28/11/2019

JEMPUTAN LIPUTAN MEDIA MAJLIS GRADUASI PROGRAM ENLITE PPR DESA REJANG : LITERASI BAHASA INGGERIS KHAIRA PPZ

KHAIRA Pusat Pungutan Zakat (Khaira PPZ) dengan kerjasama Persatuan Penduduk PPR Desa Rejang akan mengadakan Majlis Graduasi Program Enlite : Literasi Bahasa Inggeris.

Majlis graduasi ini merupakan penghargaan kepada 20 orang kanak-kanak yang menyertai kelas literasi bahasa inggeris yang diberikan percuma oleh Khaira PPZ selama 12 kali bagi pelajar berumur 10 hingga 12 tahun. Program ini bertujuan untuk menghasilkan anak-anak asnaf yang celik asas Bahasa Inggeris. Ini juga merupakan salah satu usaha bagi meningkatkan taraf pendidikan mereka.

Majlis ini akan disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff. Turut hadir Pengerusi Persatuan Penduduk Desa Rejang, Encik Mohd Noor Md Tahir.

Majlis akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:

Hari/Tarikh: Rabu 4 Disember 2019

Masa: 8.15 malam

Tempat: Surau PPR Desa Rejang, Setapak


Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

SUMBER: Pusat Pungutan Zakat - MAIWP (PPZ-MAIWP)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Nur Haliza Abd Rahman
Tel: 012-5003547

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.