ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 28, 2024 -Khamis

 
 
 

Rabu 13/11/2019

JEMPUTAN MEMBUAT LIPUTAN MEDIA KE MAJLIS RUMAH TERBUKA (MRTM) DEEPAVALI 2019 DI DATARAN BANDARAYA IPOH, PERAK

Dimaklumkan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia akan menganjurkan Majlis Rumah Terbuka Malaysia (MRTM) Deepavali 2019 yang akan dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Dr Wan Azizah binti Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan YAB Datuk Seri Ahmad Faizal Dato' Azumu, Menteri Besar Perak. Majlis ini juga turut dihadiri oleh YB Datuk Mohamaddin Ketapi, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia dan barisan jemaah menteri.

Majlis akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:

Hari/Tarikh: Sabtu 16 November 2019

Masa: 8.00 malam

Tempat: Dataran Bandaraya Ipoh, Perak



Sila klik di sini untuk Atur Cara Program


Program ini bertujuan untuk menghimpunkan masyarakat pelbagai kaum bagi merayakan Deepavali dalam suasana harmoni bagi memupuk persefahaman dan perpaduan masyarakat pelhbagai kaum dan budaya Malaysia. Ia juga sebahagian daripada inisiatif kerajaan untuk menyemarak pelancongan negara serta menarik 30 juta pelancong ke Malaysia sempena Melawat Malaysia 2020.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan Majlis Rumah Terbuka Malaysia (MRTM) Deepavali 2019 tersebut.

SUMBER: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Farah Shamin binti Mohd Azim Khan
Tel: 03-8891 7295 / 013-5548093
E-mel: farah.shamin@motac.gov.my

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.