ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 27, 2024 -Sabtu

 
 
 

Rabu 18/09/2019

SIRI SEMARAK BANGSAWAN : SULTAN MEHMET AL-FATEH

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dengan kerjasama Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC, Tourism Malaysia) akan mempersembahkan Pementasan Teater Bangsawan : Sultan Mehmet Al-Fateh sempena Siri Semarak Bangsawan 2019.


Untuk edisi terakhir Siri Semarak Bangsawan 2019, pementasan ini akan dipersembahkan oleh Persatuan Alumni Teater Rimba Malaysia, Karya Wan Hashim Wan Teh dan arahan oleh Diani HK@Kancil. Pementasan ini akan diadakan seperti butiran berikut:


Hari/Tarikh: Jumaat, Sabtu & Ahad 20, 21 & 22 September 2019

Masa: 8.30 Malam - 10.45 Malam

Tempat: Auditorium Tunku Abdul Rahman, Pusat Pelancongan Malaysia (MaTIC), Jalan Ampang, Kuala Lumpur


Table

Untuk makluman juga, pementasan ini akan dijayakan oleh beberapa aktivis teater yang terkenal seperti Dollah Gambus Al Linggi, Wan Raja, Eliza Mustafa, Sheera Iskandar dan ramai lagi.


Wakil media dan bloggers adalah dijemput untuk menyaksikan dan membuat liputan serta hebahan bagi program ini.


Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.


SUMBER: Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN)


UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Nik Mohd Fadly bin Nik Mat
Tel: 013-382 2115
Emel: nikfadly@jkkn.gov.my

Nama: Eldawati binti Laung
Tel: 019-809 1805
Emel: eldawati@jkkn.gov.my


-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.