|
|
|
|
|
|
Rabu 24/07/2019
JEMPUTAN KE SESI TEMUBUAL MEDIA KHAS BERSAMA PAKAR NEGARA-NEGARA OIC BAGI PROSEDUR PERGUDANGAN DAN PENYIMPANAN BIJI BENIH SERTA HASIL TANAMAN BERSEMPENA DENGAN MAJLIS PENUTUP 'TRAINING COURSE & WORKSHOP ON CAPACITY BUILDING ON WAREHOUSING AND STORAGE MANAGEMENT'
Sukacita dimaklumkan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dengan kerjasama Standing Committee for Economic and Commercial Cooperation of the Organization of the Islamic Cooperation (COMCEC) sedang menganjurkan kursus peringkat antarabangsa yang bertajuk; Training Course & Workshop on Capacity Building on Warehousing and Storage Management pada 22-26 Julai 2019 di Putrajaya. Bengkel tersebut diadakan bagi berkongsi kepakaran mengurangkan pembaziran makanan yang berlaku semasa penyimpanan dan penggedaran dari ladang kepada pembekal daripada pakar yang dijemput dari tiga (3) buah negara iaitu Malaysia, Turki dan Indonesia. Amalan pengurusan pergudangan yang betul mampu mengurangkan pembaziran makanan yang berlaku akibat kecuaian menyebabkan makanan rosak dan kurang berkualiti. Penyertaan bengkel ini juga melibatkan pengusaha-pengusaha ladang tanaman dan juga sektor swasta yang akan didedahkan dengan kepentingan pengurusan pergudangan ini dalam usaha membantu mereka mengurangkan pembaziran makanan. Oleh itu, pihak media dijemput untuk menemubual pakar daripada negara-negara berkenaan pada ketetapan seperti berikut:
Hari/Tarikh: Jumaat 26 Julai 2019
Masa: 4.30 petang - 5.30 petang
Tempat: Dewan Anyaman 2, Hotel Everly Putrajaya
Program
4.30 petang : Ketibaan tetamu
: Ucapan penutup oleh Ketua Pengarah MARDI
: Sesi Temubual Media Khas Bersama Pakar Negara-negara OIC
5.30 petang : Bersurai
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
Sumber: MARDI
UNTUK MAKLUMAT LANJUT DAN PENGESAHAN KEHADIRAN SILA HUBUNGI:
Nama: Pn. Aniadila Kamaruddin
Tel: 019-279 0776
Nama: Dr. Zaulia Othman
Tel: 018-352 6337
-BERNAMA |
|
|
|
|
|