|
|
|
|
|
|
Selasa 16/07/2019
JEMPUTAN MEDIA KE "MAJLIS MENANDATANGANI PERJANJIAN PERSEFAHAMAN (MOU) DI ANTARA PROTECTHEALTH CORPORATION SDN BHD (PHCORP) DENGAN MYDIN MOHAMED HOLDINGS BERHAD (MYDIN) DAN KK SUPERMART & SUPERSTORE SDN. BHD. (KK) SEBAGAI RAKAN PROMOSI PEKA B40"
Sukacita dimaklumkan bahawa ProtectHealth Corporation Sdn Bhd (ProtectHealth), anak syarikat milik penuh Kementerian Kesihatan Malaysia yang mengendalikan Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40) akan mengadakan Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (Mou) Di Antara ProtectHealth Corporation Sdn Bhd (PHcorp) Dengan Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) Dan KK Supermart & Superstore Sdn. Bhd. (KK) Sebagai Rakan Promosi Peka B40 akan berlangsung seperti ketetapan berikut :
Hari/Tarikh: Selasa 16 Julai 2019
Masa : 3.00 Petang
Tempat : ProtectHealth Corporation Sdn Bhd, F01 & F02, Tingkat 1 Blok 2300, Century Square, Jalan Usahawan, Cyberjaya, Selangor (Waze: ProtectHealth Corporation)
Sidang media yang akan diadakan juga akan memaklumkan status pencapaian terkini Skim PeKa B40.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
SUMBER: Kementerian Kesihatan Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Encik Baharudin bin Mohamad
Tel: 017-2635008
-BERNAMA |
|
|
|
|
|