ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 24, 2024 -Rabu

 
 
 

Rabu 19/06/2019

JEMPUTAN MENGADAKAN LIPUTAN MEDIA DI MAJLIS PELANCARAN AGEN KAWALAN BIOLOGI MARDI

Sukacita dimaklumkan MARDI dengan kerjasama Jabatan Pertanian (DOA) akan mengadakan MAJLIS PELANCARAN AGEN KAWALAN BIOLOGI yang akan disempurnakan oleh YB TUAN SIM TZE TZIN, TIMBALAN MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI (MOA) di Taman Agroteknologi MARDI Cameron Highlands pada ketetapan berikut:.

Hari/Tarikh : Sabtu 22 Jun 2019

Masa : 9.00 pagi

Tempat : Taman Agroteknologi MARDI Cameron Highlands, Pahang.

Google Maps : https://goo.gl/maps/UvDLw5eCYsGP36bA8



Program

8.30 pagi : Ketibaan tetamu jemputan.

9.00 pagi : Ketibaan YB Tuan Sim Tze Tzin
Timbalan Menteri
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

: Lawatan ke plot kubis.

10.00 pagi : Majlis Pelancaran Agen Kawalan Biologi MARDI.

Nyanyian lagu Negaraku dan lagu Malaysia Bersih.

Bacaan doa.

Ucapan alu-aluan oleh;
YBhg. Datuk Dr. Mohamad Roff Mohd Noor
Ketua Pengarah MARDI.

Ucapan pelancaran oleh;
YB Tuan Sim Tze Tzin
Timbalan Menteri
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Gimik dan montaj pelancaran.

Penyerahan produk Agen Kawalan Biologi kepada 3 wakil petani.

Penyampaian mock cheque kepada 2 orang usahawan MARDI.

Penyampaian cenderahati.

Lawatan ke reruai pameran.

Sidang media.

12.00 tengah hari : Makan tengah hari dan bersurai.


Sebagai makluman awal pihak Tuan/Puan, Agen Kawalan Biologi merupakan suatu kaedah lestari bagi pengawalan serangga perosak untuk tanaman sayur-sayuran. Pada hari ini, serangan serangga perosak telah memberi impak yang negatif terhadap hasil pengeluaran pertanian negara. MARDI dan Jabatan Pertanian (DOA) telah membangunkan kaedah kawalan biologi yang menggunakan parasitoid sebagai agen kawalan biologi bagi mengatasi masalah ini daripada menular. Kaedah ini terbukti berkesan mengawal serangan serangga perosak di kebanyakan kawasan pertanian di seluruh dunia.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis pelancaran tersebut. Sesi sidang media juga akan diadakan.

Sumber: MARDI

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: En. Jafni bin Johari Jiken
Tel: 016-980 5587

Nama: En. Hazrul Amry bin Mohd Noor
Tel: 012-484 0672

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.