ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 26, 2024 -Jumaat

 
 
 

Rabu 19/06/2019

JEMPUTAN LIPUTAN MEDIA MALAYSIAN SUSTAINABLE PALM OIL (MSPO) APPRECIATION DAY 2019

Untuk makluman, pihak Majlis Pensijilan Minyak Sawit Malaysia atau MPOCC akan mengadakan majlis MSPO Appreciation Day 2019 iaitu satu program penghargaan kepada peladang-peladang dan syarikat-syarikat sawit Malaysia yang sudah pun mendapat pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO). Tahun ini, terdapat sejumlah 178 penerima anugerah penghargaan ini yang terdiri daripada pelbagai kategori. 81 adalah daripada pekebun kecil yang tergolong dalam Sustainable Palm Oil Cluster atau SPOCs; 88 adalah estet dan kilang kelapa sawit; dan 9 kilang pemprosesan sawit yang mendapat pensijilan MSPO Supply Chain Certification Standard atau MSPO SCCS.

Majlis ini akan dirasmikan oleh YBhg. Dato' Dr. Tan Yew Chong, Ketua Setiausaha Kementerian Industri Utama. Susulan majlis ini, satu sidang media akan diadakan pada jam 2 petang oleh YB Teresa Kok, Menteri Industri Utama di lokasi yang sama.

Majlis akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Hari/Tarikh: Khamis 20 Jun 2019

Masa: 9.00 pagi - 2.00 petang
* Ucapan perasmian oleh YBhg. Dato' Dr. Tan Yew Chong, Ketua Setiausaha MPI
Sidang Media oleh YB Teresa Kok, Menteri Industri Utama pada jam 2.00 petang

Tempat: Le' Meridien Hotel, Putrajaya

Sila klik disini untuk PROGRAM

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

Sumber: Kementerian Industri Utama (MPI)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Mohd Hilmi Mohd Ali
Pegawai Komunikasi Strategik
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Industri Utama
Tel: 016-2058311

Nama: Mahirda Mohd Nor
Pegawai Perhubungan Awam
Komunikasi Korporat
Malaysian Palm Oil Certification Council
Tel: 012-7599577

-BERNAMA


 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.