|
|
|
|
|
|
Rabu 15/05/2019
MAJLIS PENYERAHAN ZAKAT DAN SUMBANGAN PAAB PRIHATIN "OH SERONOKNYA RAYA 2019!"
Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) akan menganjurkan Majlis Penyerahan Zakat Dan Sumbangan PAAB Prihatin "Oh Seronoknya Raya 2019!". Program berkenaan akan dihadiri oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ir. Amiruddin Hamzah dan Pengerusi PAAB, Datuk Seri Dr. Nik Norzrul Thani Nik Hassan Thani.
Sehubungan itu, sukacita pihak PAAB menjemput pihak media (wartawan & jurugambar) untuk menghadiri bagi tujuan liputan media dan berbuka puasa seperti berikut:
Hari/Tarikh : Khamis 16 Mei 2019
Masa : 5.45 petang - 8.30 malam
Tempat : Ballroom 2, Tingkat 13, Tamu Hotel & Suites
Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru, Kuala Lumpur
Sila klik di sini untuk PROGRAM
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
SUMBER : Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Khairil Amri Tajuddin
Tel : 017-4060 717
-BERNAMA |
|
|
|
|
|