ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
 
 

Isnin 13/05/2019

JEMPUTAN KE SESI SIDANG MEDIA KHAS MENGENAI ISU BERBANGKIT BLACK G, PRODUK BERASASKAN KUNYIT HITAM MARDI

Sukacita dimaklumkan MARDI akan menganjurkan satu sesi sidang media khas mengenai Black G, Produk Berasaskan Kunyit Hitam Hasil Kajian MARDI pada ketetapan seperti berikut:

Hari/Tarikh: Rabu 15 Mei 2019

Masa: 2.30 petang - 3.30 petang

Tempat: Dewan Tan Sri Mohamad Jamil,
Ibu Pejabat MARDI, Serdang

Sebagai pengenalan, produk Black G terhasil melalui kajian kolaborasi antara MARDI dan Black G Sdn Bhd serta telah dikomersialkan sejak 2018. Produk yang berasaskan kunyit hitam ini dikenal pasti mengandungi kandungan bioaktif fitokimia, iaitu methoxyflavon yang sangat unik dan sukar didapati di dalam tumbuhan lain.Walaubagaimanapun, seiring dengan populariti produk ini di pasaran, pihak MARDI dan Black G Sdn Bhd mendapati terdapat produk kunyit hitam berjenama DR4 telah dijual secara berleluasa dengan menggunakan logo MARDI secara tidak sah. DR4 ini dikenal pasti mengiklankan produk mereka lebih dari tuntutan yang didaftarkan di Kementerian Kesihatan Malaysia.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan sesi sidang media khas berkenaan tersebut.

Sumber: MARDI

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: En. Jafni bin Johari Jiken
Tel: 016-980 5587

Nama: En. Hazrul Amry bin Mohd Noor
Tel: 012-484 0672

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.