ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 26, 2024 -Jumaat

 
 
 

Isnin 22/04/2019

Jemputan Perasmian Sesi Libat Urus "Engagement Session" Tourism Malaysia Bersama Penggiat Industri Sabah

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Majlis Perasmian Sesi Libat Urus "Engagement Session" Tourism Malaysia Bersama Penggiat Industri Sabah akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:

Hari/Tarikh: Rabu 24 April 2019

Masa: 2:30 petang - 6:00 petang

Tempat: Ballroom 1 & 2
Marriott Hotel, Kota Kinabalu

Sila klik di sini untuk Program

Majlis perasmian akan disempurnakan oleh YBhg. Datuk Ahmad Shah Hussein Tambakau, Pengerusi Tourism Malaysia.

Program ini bakal menemukan pengusaha pelancongan tempatan yang terdiri daripada ejen pengembaraan serta pengusaha produk dan hotel di bawah satu bumbung bagi mendapatkan pandangan dan cadangan ke arah memperkasa pelancongan domestik di negeri Sabah.

Majlis turut diserikan lagi dengan penampilan istimewa artis selebriti Alif Satar.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

SUMBER: TOURISM MALAYSIA

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Siti Wahida
Tel: 03-8891 8778

Nama: Gay Leona Peter E
Tel: 088-211 732

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.