ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 27, 2024 -Sabtu

 
 
 

Isnin 25/03/2019

MAJLIS PERASMIAN FESTIVAL KRAF MELAKA

Dimaklumkan, Kraftangan Malaysia agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia akan mengadakan Majlis Perasmian Festival Kraf Melaka yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Mohamaddin bin Ketapi, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia pada ketetapan seperti berikut:

Hari/Tarikh: Rabu 27 Mac 2019

Masa: 3.00 Petang

Tempat: Dataran Menara Taming Sari Bandar Hilir, Melaka

Pakaian: Batik Malaysia


Festival ini merupakan penganjuran kali pertama bagi mempromosi dan memasarkan produk kraf Malaysia secara terus kepada pengguna bersempena Tahun Melawat Melaka 2019. Pelbagai aktiviti akan dianjurkan seperti jualan kraf, demonstrasi kraf, pendidikan kraf, persembahan kesenian, jualan makanan tradisional, pameran dan aktiviti pertandingan yang terbuka kepada pengunjung.

Program

2.30 petang: Ketibaan Tetamu Jemputan

2.40 petang: Ketibaan Dif Kehormat

2.55 petang: Ketibaan Yang Berhormat Datuk Muhamad Jailani bin Khamis
Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan Negeri Melaka

3.00 petang: Ketibaan Yang Berhormat Datuk Mohamaddin bin Ketapi,
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia

Lawatan ke Pameran dan Jualan

Persembahan Selamat Datang

Ucapan Alu-aluan oleh Yang Berhormat Datuk Muhamad Jailani bin Khamis,
Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan Negeri Melaka

Ucapan Perasmian oleh Yang Berhormat Datuk Mohamaddin bin Ketapi,
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia

Gimik

Persembahan Kebudayaan

Peragaan Fesyen Batik Malaysia Mempesona

Persembahan Penutup

4.30 petang: Majlis Bersurai

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis perasmian Festival Kraf Melaka tersebut.

SUMBER: Kraftangan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama: Cik Noor Azima binti Mohd Alwi
Tel: 013-727 6672

Nama: Puan Norehan binti Ab. Ghani
Tel: 012-657 8824

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.