ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
 
 

Khamis 21/03/2019

BENGKEL "WANITA DALAM KEWANGAN"

Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dengan kerjasama Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) akan menganjurkan Bengkel "Wanita dalam Kewangan" yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Hari/Tarikh : Sabtu 23 Mac 2019

Masa : 7.00 pagi - 5.00 petang

Tempat : Dewan Besar IKIM, Kuala Lumpur

Program

07.00pg - 08.45pg : Pendaftaran

08.45pg - 09.00pg : Ucapan Aluan - IKIM

09.00pg - 10.15pg : "Mengapa isu kewangan masih kekal sebagai punca utama pergeseran bagi pasangan secara keseluruhannya?
Puan Hajah Siti Fatimah Abdul Rahman
Felow Kanan, IKIM

10.15pg - 10.45pg : Kudapan pagi

10.45pg - 11.45pg : "Menangani konflik kewangan dengan kebijaksanaan emosi"
Ms Hetal Doshi
CEO, O-Psych

11.45pg - 12.45tgh : "Pengurusan Risiko : Apa yang wanita perlu tahu dalam mengawal penganiayaan kewangan"
Dr. Suzana Muhamad Said
Felow Kanan, UKM

12.45tgh - 02.00ptg : Makan Tengah Hari

02.00ptg - 03.00ptg : "Penjelasan proses agihan harta kekayaan"
En. Zaidi Shahrim
CEO, Yayasan AmanahRaya

03.00ptg - 03.30ptg : Kudapan Petang

03.30ptg - 04.30ptg : "Pembangunan Diri - Membawa bakat keusahawanan ke barisan hadapan"
Ms. Lilyana Latif
CEO, MyNef

04.30ptg - 05.00ptg : Ucapan penutup oleh AKPK & Bersurai

Wanita memainkan peranan sebagai ibu, isteri dan anak dan juga pekerja yang turut menyumbang kepada ekonomi negara. Bersempena dengan sambutan Hari Wanita Peringkat Antarabangsa yang disambut pada 8 Mac setiap tahun, pihak Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), yang merupakan sebuah agensi yang telah ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia pada 2006, ingin menganjurkan Seminar "Wanita dalam Kewangan" (Woman in Finance) secara kerjasama dengan Institut Kefahaman Islam Malaysia(IKIM).

Seminar ini bertujuan untuk memberikan kemahiran kewangan keluarga, khususnya bagi kaum wanita mencapai kesejahteraan dan kebebasan kewangan. Para peserta akan didedahkan dengan isu-isu berkaitan pengurusan kewangan keluarga seperti konflik dan penganiayaan kewangan dalam keluarga serta proses pengagihan harga keluarga yang berkesan.

Pengisian bagi Seminar ini merangkumi aspek-aspek berikut:

i. Pengurusan kewangan keluarga;
ii. Pengurusan risiko dan konflik kewangan;
iii. Pengurusan agihan harta dan kekayaan; dan
iv. Keusahawan dan pembangunan diri wanita.

Antara objektif utama program ini adalah untuk:

1. Memberi kesedaran tentang kepentingan pengurusan kewangan di kalangan wanita'

2. Mengenengahkan konsep asas kewangan serta aspek kesejahteraan kewangan;dan

3. Memperkasakan peserta untuk merancang dan mengurus kewangan dengan berkesan

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

SUMBER : Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Unit Perhubungan Korporat IKIM
Nama : Pn. Zawiah
Tel : 03-6204 6329/019-333 4253

Nama : Pn. Wan Zahidah
Tel : 03-6204 6330 / 019- 276 8003

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.