ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 25, 2024 -Khamis

 
 
 

Selasa 19/03/2019

SIDANG MEDIA PROGRAM TRAVELOG RENTAS BUDAYA PADA 20 MAC 2019 DI WISMA BERNAMA

Persatuan Pacuan Empat Roda (MFWDA) akan mengadakan program 'Travelog Rentas Budaya' Kenali Budaya, Dekati Masyarakat Baharu' akan diadakan pada 20 Mac hingga 31 Mac 2019 di Kemboja. Sasaran peserta dan masyarakat yang terlibat dalam program ini seramai 200 orang dari pelbagai negara iaitu Malaysia, Thailand dan Kemboja. Peserta tersebut terdiri dari belia hingga dewasa bagi menyertai program ini yang menggunakan pengangkutan darat sebanyak 10 buah kenderaan pacuan empat roda iringi seramai 40 orang.

Program ini melibatkan rangkaian kerjasama strategik bagi menggerakkan misi dan membantu dalam aktiviti korporat dengan matlamat yang sama dengan penglibatan kolobarasi dengan Sektor Awam, Sektor Swasta, IPT dan Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO). Rakan Kerjasama yang terlibat kali ini iaitu Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Pertubuhan Kebajikan Amal Silaturahim Isteri-isteri Harapan Malaysia (KASIH MALAYSIA), Yayasan Salam, Xiddig Cellular Communications Sdn. Bhd., Kelab Pacuan Empat Roda Batu Belah, Kelab Suzuki Vitara Club, Mafoda Lubricants dan Migra Brands.

Di antara aktiviti pendedahan dan penglibatan komuniti yang akan dilaksanakan adalah seperti yang berikut:

PROGRAM USAHAWAN SOSIAL.
Pendedahan kepada Projek IBS memberikan peluang penduduk kampung chongkah untuk mengusahakan pembuatan batu bata IBS intuk tujuan komersial. Projek ini juga boleh membantu penduduk membina rumah dengan cepat dan boleh menjimatkan kos pembinaan di samping mendapat kualiti rumah yang lebih baik.

PROGRAM FIDLOT DAN PEMBUATAN SILAJ
Memberikan pendedahan penyedian pemakanan berkhasiat untuk tujuan penggemukan lembu dan kesihatan lembu yang lebih baik sebagai usaha menambahnilai kualiti dan hasil ternakan.

PROGRAM 3K MASJID DAN SEKOLAH TAHFIZ.
Mendidik komuniti dan pelajar tahfiz untuk menjaga kebersihan, keceriaan dan ketertiban ruang kehidupan dan persekitaran. Membolehkan mereka menghargai kualiti dan cara hidup yang lebih baik.

Sehubungan itu, semua media dijemput ke SIDANG MEDIA PROGRAM TRAVELOG RENTAS BUDAYA pada butiran berikut:

Hari/Tarikh : Rabu 20 Mac 2019

Masa : 10.00 pagi

Tempat : Bilik Mesyuarat Utama, Aras 1
Wisma Bernama, Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Jalan Tun Razak, 50700 Kuala Lumpur


Pelepasan Konvoi: 1130
Tempat: Lobi Wisma Bernama


Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan sidang media program tersebut.

SUMBER : BERNAMA News Channel

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Puan Suhazlina Mohamed Samsudin (MFWDA)
Tel : 011-2888 6206

Penerbit Program
Nama : Encik Shamsul Suffian Othman (Bernama)
Tel : 012-907 7987

-BERNAMA


 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.