ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 19, 2024 -Jumaat

 
 
 

Selasa 19/03/2019

PERSIDANGAN MEJA BULAT "ISLAM DAN EKONOMI PRIHATIN"

Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) akan menganjurkan Persidangan Meja Bulat "Islam dan Ekonomi Prihatin" yang akan diadakan pada 20 Mac 2019 (Rabu) bersamaan 13 Rejab 1440H, bertempat di Dewan Besar, IKIM.

Hari/Tarikh : Rabu 20 Mac 2019

Masa : 8.00 pagi - 12.30 tgh

Tempat : Dewan Besar, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

PROGRAM

08.00 pagi : Pendaftaran & Sarapan Pagi

Moderator
Muhammad Hisyam bin Mohamad
Felow, IKIM

09.00 pagi : Kertas 1
"Kerangka Ekonomi Prihatin (The Caring Economy) dalam
Dasar dan Polisi Negara : Satu Perbandingan"
Zakiah binti Jaafar
Timbalan Ketua Setiausaha (Makro),
Kementerian Hal Ehwal Ekonomi

09.30 pagi : Kertas 2
"Kerangka Ekonomi Prihatin dan Kasih Sayang Dalam Islam"
Nur Syahidah binti Abdul Jalil
Pegawai Penyelidik Kanan, IKIM

10.00 pagi : Kertas 3
"Ekonomi Informal dan Cabaran Industri 4.0"
Prof. Madya Dr. Rusmawati Said
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Putra Malaysia

10.30 pagi : Kertas 4
"Ekonomi Prihatin dan Dasar Mesra Keluarga"
Hajah Siti Fatimah binti Abdul Rahman
Felow Kanan, IKIM

11.00 pagi : Kertas 5
"Peranan Institusi Agama Membantu Penjagaan Informal: Pengalaman Baitulmal KL"
Md. Fadzli Md. Saad
Timbalan Pengurus, Bahagian Baitulmal, MAIWP

11.30 pagi : Sesi Soal Jawab

12.30 tengah hari : Makan Tengahari & Bersurai


Pada hari ini, keupayaan ekonomi sesebuah negara lazimnya diukur melalui pencapaian KDNK. Realiti semasa walau bagaimanapun menuntut keseimbangan dalam pencapaian kemajuan material dengan pembangunan sosial demi kehidupan manusia yang lebih sejahtera. Islam melihat eleman kasih sayang dan kasihan belas sebagai salah satu teras dalam kehidupan. Ekonomi prihatin (the caring economy) adalah satu jalan dalam mengimbangi tuntutan kehidupan kerana turut menekankan perihal keinsanan dan mengambil berat. Ini termasuklah dalam aspek pembangunan tenaga buruh, penjagaan keluarga, pembasmian kemiskinan, penjagaan kesihatan dan kelestarian alam sekitar. Negara maju termasuklah Sweden dan Norway yang mengamalkan polisi berdasarkan ekonomi prihatin membuktikan kejayaan dan kemajuan negara perlu bergerak seiring dengan pendekatan mengambil berat akan yang lain. Justeru, unsur-unsur kasih sayang dan keprihatinan dilihat perlu menjadi sebahagian daripada ciri-ciri Malaysia maju demi mencapai pembangunan yang lebih seimbang.

Antara objektif utama program ini adalah untuk:

i. Meneroka skop ekonomi prihatin dalam kerangka sosioekonomi Islam;
ii. Mengkaji dasar dan polisi ekonomi prihatin yang diamalkan di Malaysia dan peringkat global; dan
iii. Mencadangkan pendekatan ekonomi prihatin yang relevan bagi Malaysia.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan persidangan tersebut.

SUMBER : Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Unit Perhubungan Korporat IKIM
Nama : Pn. Zawiah
Tel : 03-6204 6329/019-333 4253

Nama : Pn. Wan Zahidah
Tel : 03-6204 6330 / 019-276 8003

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.