ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 24, 2024 -Rabu

 
 
 

Jumaat 07/12/2018

MAJLIS GRADUASI PROGRAM GROW DAN PERTAULIAHAN SKB PKNS 2018

Dengan segala hormatnya wakil-wakil media dijemput ke majlis seperti berikut:

Hari/Tarikh : Khamis 13 Disember 2018

Masa : 2.30 petang - 4.30 petang

Tempat : BizClub, Bangunan PKNS BizPoint, Seksyen 7 Shah Alam

Sila klik di sini untuk Program

Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) akan mengadakan Majlis Graduasi Program GROW dan Pertauliahan SKB PKNS 2018 bagi meraikan peserta-peserta yang tamat menjalani modul Program GROW serta memberi penghargaan kepada syarikat SKB yang baharu bagi lantikan 2018.

Majlis akan disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan, Pembangunan Luar Bandar, Desa dan Kampung Tradisi, YB Puan Rodziah Binti Ismail dan turut dihadiri Ketua Pegawai Korporat PKNS Puan Hajah Siti Zubaidah Binti Haji Abd. Jabar.

Kerjasama tuan/puan untuk membuat pengesahan kehadiran dengan segera amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan program tersebut.

SUMBER : Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : EKIN
Tel : 016-2456984

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.