ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 25, 2024 -Khamis

 
 
 

Rabu 05/12/2018

MAJLIS MENANDATANGANI JOINT DEVELOPMENT AGREEMENT UNTUK PROJEK WASTE-TO-ENERGY BERNILAI RM500 JUTA DI SELANGOR

Worldwide Holdings Berhad, peneraju dalam perkhidmatan pengurusan alam sekitar, bakal merintis projek Waste-to-Energy terbesar di Malaysia. Kemudahan yang akan dibina di tapak pelupusan sanitari sedia ada di Jeram, Selangor akan menelan kos sebanyak RM500 juta.

Worldwide Holdings Berhad dan Western Power Clean Energy Sdn Bhd - syarikat usaha sama antara China Western Power Industrial Co. dan China Western Power International, bakal menandatangani Perjanjian Pembangunan Bersama (JDA) untuk membina kemudahan Waste-to-Energy, yang akan disaksikan oleh YAB Tuan Amirudin Shari, Dato' Menteri Besar Selangor. YB Dato' Seri Mohamed Azmin Ali dan YB Puan Zuraida Kamaruddin turut dijemput untuk hadir.

Butiran majlis adalah seperti berikut:

Hari/Tarikh: Isnin 10 Disember 2018

Masa: 11.30 pagi - 1.30 petang

Tempat: Dewan Concorde 1, Tingkat 2, Concorde Hotel Shah Alam


Program

11.30 pagi: Ketibaan media dan tetamu

12.00 tengah hari: Ucapan aluan oleh YBhg Datin Paduka Norazlina Zakaria, Group CEO, Worldwide Holdings Berhad

Ucapan oleh Encik Yang Xiangdong, Pengarah Eksekutif & Presiden,
China Western Power Engineering and Construction Co Ltd

Ucapan oleh YAB Tuan Amirudin Shari, Dato' Menteri Besar Selangor

Majlis menandatangani Perjanjian Pembangunan Bersama dan Perjanjian

Pemegang Saham

Sidang media


Jamuan makan

1.30 petang: Tamat

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

SUMBER: Worldwide Holdings Berhad

UNTUK MAKLUMAT LANJUT DAN RSVP, SILA HUBUNGI:
Nama: Azura Abdullah
Senior Manager, Corporate Communications
Worldwide Holdings Berhad
Tel: 012 911 1272
Emel: Azura@whb.com.my

Nama: Sarah Samsudin
Emel: sarah@whb.com.my

-BERNAMA


 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.