|
|
|
|
|
|
Jumaat 10/08/2018
JEMPUTAN MEMBUAT LIPUTAN MEDIA SEMPENA MAJLIS PRA PELANCARAN IFLA WLIC 2018 KUALA LUMPUR
Sukacitanya dimaklumkan bahawa Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) akan menganjurkan satu Majlis Pra-Pelancaran IFLA WLIC 2018 Kuala Lumpur yang akan disempurnakan oleh YB Tuan Mohamaddin bin Ketapi, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Hari/Tarikh: Selasa 14 Ogos 2018
Masa: 9.45 pagi
Tempat: Dewan Banquet, Aras Bawah
Blok Utama, Parlimen Malaysia
Kuala Lumpur
*Nota Pakaian:
Lelaki - Pakaian rasmi lengkap dengan coat / blazer dengan tali leher
Wanita - Pakaian rasmi lengkap yang bersesuaian
Sila klik di sini untuk Program.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
SUMBER : Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Puan Azfaradila binti Zainal Abidin
Pegawai Perhubungan Awam PNM
Tel : 03-2687 1846 / 019-669 1583
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|