|
|
|
|
|
|
Khamis 09/08/2018
MAJLIS MENANDATANGANI PERJANJIAN PERSEFAHAMAN (MOU) DI ANTARA DE PALMA MANAGEMENT SERVICES SDN BHD DAN PANASONIC MALAYSIA
Wakil-wakil media dijemput ke "MAJLIS MENANDATANGANI PERJANJIAN PERSEFAHAMAN (MOU) DI ANTARA DE PALMA MANAGEMENT SERVICES SDN BHD DAN PANASONIC MALAYSIA" seperti ketetapan berikut:
Hari/Tarikh : Isnin 13 Ogos 2018
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Auditorium Dato' Seri Harun Idris, Tingkat 2, Blok A, Bangunan Ibu Pejabat PKNS
PROGRAM
8.15 pagi : Ketibaan Jemputan dan Ahli Pengurusan PKNS
8.25 pagi : Ketibaan Y.Bhg. Datin Paduka Dr. Hajah Noraida binti Haji Mohd Yusof
Ketua Pegawai Eksekutif PKNS
8.30 pagi : Ketibaan Mr. Toshiyuki Takagi
President of Panasonic Air-Conditioner Company Japan
8.45 pagi : Ucapan Pengacara Majlis
: Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) Di Antara De Palma Management Services Sdn Bhd dan Panasonic Malaysia Disaksikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PKNS dan Presiden Kumpulan Panasonic
: Sesi Bergambar
: Sidang Media
9.15 pagi : Jamuan Ringan di Palma Signature Café
: BERSURAI
Anak Syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), De Palma Management Services Sdn. Bhd. akan memeterai Perjanjian Persefahaman (MOU) bersama Panasonic Malaysia.
Sesi menandatangani perjanjian ini akan disaksikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PKNS merangkap Pengerusi De Palma Management Services Sdn. Bhd., Datin Paduka Dr. Hajah Noraida Mohd. Yusof serta Presiden Panasonic, Toshiyuki Takagi.
Kerjasama tuan/puan untuk membuat pengesahan kehadiran dengan segera amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
SUMBER : Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : EKIN
Tel : 016-2456984
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|