ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 28, 2024 -Khamis

 
 
 

Khamis 09/08/2018

KURSUS AMALAN HIJAU: DARI MASJID KE MASYARAKAT

Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) akan menganjurkan Kursus Amalan Hijau: Dari Masjid Ke Masyarakat seperti ketetepan berikut:

Hari/Tarikh : Isnin 13 Ogos 2018

Masa : 8.00 pagi

Tempat : Dewan Besar, Institut Kefahaman Islam Malaysia, 2, Langgak Tunku Off Jalan Tuanku Abdul Halim, Kuala Lumpur

Sila klik di sini untuk Program

Pengenalan:

Dalam usaha memupuk kesedaran masyarakat tentang kebaikan pembudayaan dan pengaplikasian amalan hijau, pendedahan tentang konsep amalan hijau perlu diberi perhatian agar masyarakat betul-betul faham dan dapat menterjemahkannya sebagai budaya hidup. Apatah lagi, konsep amalan hijau itu sendiri adalah selari dan bertepatan dengan saranan Islam dalam aspek penjagaan dan pemuliharaan alam sekitar dan konsep kekhalifahan manusia (al-Fathir: 39).

Bagi umat Islam, institusi masjid merupakan institusi yang menjadi teras kepada aktiviti kehidupan bermasyarakat. Memandangkan amalan hijau amat dituntut selari dengan ajaran Islam, maka aplikasi dan pembudayaan amalan hijau seharusnya bermula di masjid. Oleh itu, fokus kursus ini adalah untuk menerapkan pembudayaan amalan hijau di masjid dengan hasrat supaya amalan hijau ini dapat menular dikalangan jemaah dan ahli masyarakat untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

Objektif Kursus:

1. Memberi pendedahan kepada para peserta makna dan kaedah tentang amalan hijau serta aplikasiannya dari sudut pandang Islam;

2. Memberi kefahaman dalam usaha mewujudkan kesedaran kepada para peserta kursus tentang kepentingan pembudayaan dan pengaplikasian amalan hijau dalam kehidupan seharian;

3. Menjadikan institusi masjid sebagai model dan teladan dalam pembudayaan amalan hijau supaya dapat disebarluaskan ke peringkat masyarakat.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan program tersebut.

SUMBER : Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Unit Perhubungan Korporat IKIM
Nama : Pn. Zawiah
Tel : 03-6204 6329/019-333 4253

Nama : Pn. Wan Zahidah
Tel : 03-6204 6330 / 019- 276 8003

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.