ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 19, 2024 -Jumaat

 
 
 

Khamis 19/07/2018

Majlis Perasmian Herba Integrasi Pasir Raja Oleh KDYMM Sultan Terengganu

Sukacita kami menjemput wakil-wakil media untuk menghadiri Majlis Perasmian Herba Integrasi Pasir Raja oleh KDYMM Sultan Terengganu. Butiran majlis adalah seperti berikut:

Hari/Tarikh : Ahad 22 Julai 2018

Masa : 10.00 pagi

Tempat : Lot PT 1748 H.S (D) 1966, Mukim Pasir Raja,
Dungun Terengganu

Sila klik di sini untuk Program

Mengenai MTDC

Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) adalah sebuah agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah ditubuhkan pada tahun 1992 dengan objektif berikut - sebagai agen pemacu pembangunan syarikat berasaskan teknologi, menggalakkan pemindahan hasil penyelidikan dan pembangunan (P&P) tempatan dan sebagai pemangkin kepada pertumbuhan industri modal teroka di Malaysia.

Semenjak Rancangan Malaysia ke-7 (RMK-7), MTDC telah diamanahkan oleh Kerajaan untuk menguruskan dana khas kepada syarikat-syarikat Malaysia untuk meningkatkan kandungan teknologi mereka melalui pengkomersilan penyelidikan dan pembangunan (P&P) dan / atau pengambilalihan teknologi asing. Tidak hanya terhad kepada pengurusan dana, MTDC turut membangunkan pusat teknologi inkubator yang ditempatkan dibeberapa universiti dan institut penyelidikan tempatan bagi memberi fokus kepada pelbagai kluster industri.

Dengan gabungan dedikasi, ilmu, teknologi, inovasi, kredibiliti, sokongan dan perkhidmatan penjagaan yang diberikan kepada semua syarikat dalam ekosistemnya, menjadikan MTDC sebuah syarikat yang mempunyai gandingan lengkap, menghasilkan nilai dan membantu memperkembangkan ekonomi Negara.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

SUMBER : Malaysian Technology Development Corporation (MTDC)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama : Alvirah Mohd Natt
Vice President, Corporate Communication
Tel : +603-21726000 Ext: 6018 DID: +60321726018
Faks : +60321637549

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.