|
|
|
|
|
|
Khamis 19/07/2018
JEMPUTAN LIPUTAN MEDIA UPACARA PENYERAHAN SUMBANGAN KEWANGAN OLEH SYARIKAT PERLADANGAN SAWIT KEPADA TABUNG HARAPAN MALAYSIA
Sukacita dimaklumkan Kementerian Industri Utama akan mengadakan Upacara Penyerahan Sumbangan Kewangan oleh Syarikat Perladangan Sawit kepada Tabung Harapan Malaysia, melibatkan antaranya KLK Berhad, IOI Corporation Berhad, Sime Darby Plantation Berhad dan Sarawak Oil Palm Berhad.
Upacara berkenaan akan dihadiri oleh YB Puan Teresa Kok, Menteri Industri Utama seperti ketetapan berikut:
Hari/Tarikh : Jumaat 20 Julai 2018
Masa : 3.15 petang
Tempat : Aras 11, Bilik Mesyuarat Nyatoh, Kementerian Industri Utama, Putrajaya
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
SUMBER : Kementerian Industri Utama
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Mohd Hilmi Mohd Ali
Unit Komunikasi Korporat
Tel : 016-2058311
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|