ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 28, 2024 -Khamis

 
 
 

Khamis 19/07/2018

JEMPUTAN MEMBUAT LIPUTAN MEDIA SEMPENA MAJLIS PERHIMPUNAN KEMENTERIAN PELANCONGAN, SENI & BUDAYA (MOTAC) BILANGAN 2/2018

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelancongan, Seni & Budaya akan mengadakan Majlis Perhimpunan MoTAC. Majlis ini akan dihadiri oleh YB Tuan Mohamaddin bin Ketapi, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya dan YB Tuan Muhammad Bakhtiar Wan Chik, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya serta semua pegawai Kementerian dan agensi-agensi di bawahnya. Dalam Majlis ini, YB Menteri akan menjelaskan hala tuju MOTAC di bawah pentadbirannya. Majlis akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:

Hari/Tarikh : Jumaat 20 Julai 2018

Masa : 8.30 Pagi

Tempat : Dewan Serbaguna
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia
No.2, Menara 1, Jalan P5/6, Presint 5
62200 Putrajaya


Sila klik di sini untuk Program

Dalam majlis yang sama, satu acara Penyampaian Surat Lantikan Pengerusi Tourism Malaysia yang baharu juga akan diadakan.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

SUMBER : Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Puan Nurul Sabrina binti Masri
Tel : 03-88917128

Nama : Tuan Haji Ahmad Zaharuddin bin Haji Salim
Tel : 03-88917194/5

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.