ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
 
 

Rabu 18/07/2018

PKNS TRAIL RUN & DUATHLON 2018

Dengan segala hormatnya semua rakan media dijemput untuk membuat liputan acara PKNS Trail Run & Duathlon 2018 yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Hari/Tarikh : Sabtu - Ahad 21 - 22 Julai 2018

Masa : 7.15 pagi - 12.00 tengahari

Tempat : Tapak Projek Estera @ Bernam Jaya, Jalan Kemudi 5/4, Bernam Jaya, 44100 Kerling, Hulu Selangor



Sila klik di sini untuk aturcara

Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) julung kalinya akan menganjurkan PKNS Trail Run & Duathlon 2018 pada 21 dan 22 Julai 2018. Dato' Menteri Besar Selangor, YAB Tuan Amirudin Shari akan hadir untuk menyempurnakan program berkenaan.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif PKNS, Datin Paduka Dr Hajah Noraida Haji Mohd Yusof serta Ahli Pengurusan PKNS.

**PKNS turut mempelawa 2 peserta mewakili organisasi tuan/puan bagi acara larian 5km di mana penyertaan adalah percuma. Sila berikan butiran peserta (nama penuh, saiz T-shirt dan nombor waris yang boleh dihubungi jika berlaku kecemasan) selewat-lewatnya jam 5 petang hari ini.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan acara PKNS Trail Run & Duathlon 2018 tersebut.

SUMBER : Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama : Kiera
Tel : 019 - 304 2035

-BERNAMA





 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.