|
|
|
|
|
|
Jumaat 13/07/2018
JEMPUTAN MEDIA KE PROGRAM VOLUNTOURISM MALAYSIA BERSIH DAN INDAH DAN PROGRAM PERLAWANAN AKHIR PIALA DUNIA 2018
Sukacitanya dimaklumkan bahawa Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MoTAC) dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Kementerian Wilayah Persekutuan serta dua NGO iaitu Persatuan Nadi Harapan serta Persatuan Trash Hero akan mengadakan Program Voluntourism Malaysia Bersih dan Indah & Program Perlawanan Akhir Piala Dunia 2018 Bersama Pemimpin.
Program ini akan dihadiri oleh Menteri-Menteri, Timbalan Menteri, Ahli-Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan, Ketua-ketua Jabatan dan Agensi untuk bersama rakyat menonton perlawanan akhir Piala Dunia dengan tayangan skrin gergasi. Ketetapan program adalah seperti berikut:
Hari/Tarikh : Ahad 15 Julai 2018
Masa : 9.00 malam
Tempat : Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
Program
5.00 petang : Ketibaan pengunjung
5.30 - 6.30 petang : Aktiviti dan persembahan pentas
- Buskin Band
- Chubby Buskers
- Busker Monocot
- Face painting
- Closed up magician
6.30 - 7.30 petang : Ikon Anak Muda - YM. Raja Shamri
8.00 - 9.30 malam : Persembahan Artis
9.30 - 10.00 malam :
Ketibaan Dif Dif Kehormat Menteri - Menteri, Timbalan Menteri dan Ahli Parlimen.
Nyanyian lagu Negaraku dan Bacaan Doa.
10.00 - 11.00 malam :
Ucapan Perasmian Majlis Fiesta World Cup Final 2018
Penyerahan Mock Up kepada Nadi Harapan
Gimik Kick Off oleh dif-dif Kehormat.
11.00 malam : Tayangan Perlawanan Akhir Piala Dunia 2018
11.45 - 12.00 malam : Program Voluntourism Malaysia Bersih dan Indah 2018 sewaktu rehat separuh masa
1.00 pagi : Program Voluntourism Malaysia Bersih dan Indah 2018 selepas tamat perlawanan akhir
2.00 pagi : Bersurai
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan program tersebut.
SUMBER : Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MoTAC)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama : Encik Mohd Effizal Piroj Ahmad
Tel : 012-393 7942
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|