|
|
|
|
|
|
Isnin 11/06/2018
JEMPUTAN MEDIA BAGI TUJUAN MEMBUAT LIPUTAN MAJLIS PENYAMPAIAN CEK PENERIMA FAEDAH SKIM BENCANA KERJA PEKERJAAN SENDIRI (SPS) PERKESO
Dimaklumkan bahawa PERKESO akan mengadakan satu program majlis penyampaian cek penerima faedah Skim Bencana Kerja Pekerjaan Sendiri (SPS) PERKESO seperti ketetapan berikut:
Hari/Tarikh : Selasa 12 Jun 2018
Masa : 10.00 Pagi
Tempat : No 46 Jalan 20, Taman Desa Serdang,
Serdang Lama, Sri Kembangan.
Tujuan majlis ini ialah untuk menyampaikan cek penerima faedah Skim Bencana Kerja Pekerjaan Sendiri PERKESO kepada Arison Binti Yacob 54 tahun, seorang pemandu teksi yang mengalami kecederaan parah selepas kereta yang dipandunya terbabit dengan kemalangan yang melibatkan 10 buah kenderaan di Jalan Simpang Empat Dengkil. Kes ini merupakan kes tuntutan implan pertama melibatkan pemandu teksi yang mencarum dibawah skim ini.
Jemputan ini dipanjangkan untuk membolehkan liputan dibuat mengenai kes ini agar orang ramai dapat mengetahui faedah mencarum dengan PERKESO.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
SUMBER : PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL (PERKESO)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Pn Noor Sharina Ahmad
Tel : 012-6030862
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|