ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 28, 2024 -Khamis

 
 
 

Isnin 21/05/2018

Majlis Perasmian Sambutan Hari Lebah Sedunia Peringkat MARDI Dan Pra Pelancaran Inisiatif My Bee Savior

Sukacita dimaklumkan MARDI akan mengadakan sambutan Hari Lebah Sedunia yang akan disambut pada 20 Mei setiap tahun diseluruh negara yang telah diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa bersatu (PBB). Bagi menyokong sambutan tersebut, MARDI turut ingin mengadakan sambutan hari lebah Sedunia peringkat MARDI.

Bersempena dengan itu juga, MARDI turut ingin memperkenalkan inisiatif My Bee Savior kepada masyarakat sebagai CSR MARDI untuk alam sekitar dan akan mengadakan forum bertajuk "Lestarikan Lebah, Demi Kelestarian Sejagat" yang akan dipanelkan oleh YBhg Prof Emeretus Dato' Dr Makhdir Mardan daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) dan YBrs Prof Kehormat Dr Siti Amrah Sulaiman daripada Persatuan Apiterari Malaysia.

Oleh yang demikian, saya dengan ingin memohon kerjasama daripada pihak tuan/puan untuk membuat hebahan jemputan kepada wakil media untuk hadir ke majlis perasmian tersebut yang akan disempurnakan oleh YBhg Datuk Dr Mohamad Roff Mohd Noor, Ketua Pengarah MARDI yang akan diadakan pada ketetapan berikut:

Hari/Tarikh : Selasa 22 Mei 2018

Masa : 8.30 pagi

Tempat : Dewan Tan Sri Yusuf Hashim, Ibu Pejabat MARDI
Serdang, 43300 Serdang, Selangor

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

SUMBER : Malaysia Agricultural Research and Development Institute (MARDI)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Nur Akmal binti Hassan
Pusat Komunikasi Korporat dan Kualiti
Tel : 03- 8953 7209
Faks : 03- 8953 7221
Email : nurakmal@mardi.gov.my

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.