ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 24, 2024 -Rabu

 
 
 

Jumaat 18/05/2018

MAJLIS AGIHAN BUBUR LAMBUK

Dengan segala hormatnya wakil-wakil media adalah dijemput ke majlis seperti berikut:

Hari/Tarikh : Isnin 21 Mei 2018

Masa : 4.00 petang

Tempat : Galeri Jualan Kompleks PKNS Shah Alam (bersebelahan McDonald)

Sila klik di sini untuk Program

Bersempena sambutan Bulan Ramadhan 1439H ini, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) akan meneruskan tradisi tahunan dengan menganjurkan Majlis Agihan Bubur Lambuk bertempat di Kompleks PKNS Shah Alam.

Ketua Pegawai Eksekutif PKNS, YBhg. Datin Paduka Dr. Hajah Noraida Mohd Yusof akan menyempurnakan agihan bubur lambuk ini dengan dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif PKNS Real Estate Sdn. Bhd (PREC), Sr. Fakru Radzi Ab. Ghani; Presiden PKNS FC, Hajah Siti Zubaidah Abd. Jabar dan barisan pemain PKNS FC termasuk Persatuan Peniaga Kompleks PKNS Shah Alam.

Kerjasama tuan/puan untuk membuat pengesahan kehadiran dengan kadar segera amat kami hargai.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

SUMBER : Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama : SYAKIRAH
Tel : 019-3042035

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.