ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 19, 2024 -Jumaat

 
 
 

Selasa 03/04/2018

Sesi Dialog Bersama Pihak Industri Berkaitan Bagi Tujuan Kajian Semula Standard Program (SP)

Sukacita dimaklumkan bahawa Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency, MQA) akan mengadakan Sesi Dialog Bersama Pihak Industri Berkaitan Bagi Tujuan Kajian Semula Standard Program (SP). Sesi dialog ini diuruskan oleh Bahagian Standard, MQA. Standard Program (SP) yang akan dikaji semula ialah SP: Hospitaliti dan Pelancongan, SP: Muamalat dan Kewangan Islam dan SP: Bioteknologi. Sesi dialog ini akan diadakan pada:

Hari/Tarikh : Rabu 4 April 2018

Masa : 8.30 pagi - 1.00 tengah hari

Tempat : Ruang Legar Aras 13, Blok B,
Agensi Kelayakan Malaysia (MQA),
Menara PKNS-PJ, No. 17 Jalan Yong Shook Lin,
46050 Petaling Jaya, Selangor

Objektif sesi ini adalah untuk mendapatkan input pihak industri berkenaan:

a) kompetensi graduan bidang tersebut;
b) reka bentuk dan penyampaian kurikulum; dan
c) keperluan industri seiring Revolusi Industri 4.0.

Input ini seterusnya akan diambil kira dalam kajian semula standard program berkaitan.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan sepanjang Sesi Dialog tersebut.

SUMBER : Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Mohamad Fairul Mohamad Hatim
Penolong Pengarah Unit Hal Ehwal Awam dan Antarabangsa
Tel : 03-7968 6034 / 017-9796783
Emel : mfairul@mqa.gov.my

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.