ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
 
 

Khamis 22/03/2018

JEMPUTAN MEMBUAT LIPUTAN MAJLIS PERASMIAN HARI KRAF KEBANGSAAN 2018 & PEMBUKAAN RASMI PAMERAN KHAS TOKOH KRAF NEGARA : SENTUHAN JEJARI EMAS

Kraftangan Malaysia sedang mengadakan sambutan Hari Kraf Kebangsaan kali ke-16 mulai 22 Mac - 1 April 2018. Hari Kraf Kebangsaan ini diadakan bertujuan untuk memberi pengiktirafan ke atas penglibatan dan sumbangan pengusaha dan penggiat seni kraf tempatan kepada pembangunan industri kraf negara.

Sehubungan dengan itu Kraftangan Malaysia amat berbesar hati menjemput wakil-wakil media untuk hadir dan membuat liputan majlis seperti berikut :

i. Majlis Perasmian Hari Kraf Kebangsaan 2018

Hari/Tarikh : Isnin 26 Mac 2018

Masa : 12.30 tengah hari

Tempat : Panggung Sari
Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay

Disempurnakan Oleh : Yang Amat Berbahagia Datin Paduka Seri Rosmah binti Mansor
Isteri Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia


ii. Pembukaan Rasmi Pameran Khas Tokoh Kraf Negara : Sentuhan Jejari Emas

Hari/Tarikh : Isnin 26 Mac 2018

Masa : 3.30 petang

Tempat : Muzium Kraf
Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay

Disempurnakan Oleh : Yang Berbahagia Encik Ibrahim bin Ismail
Ketua Pengarah
Kraftangan Malaysia


Untuk makluman pihak media, HKK2018 kali ini dilaksanakan berkonsepkan penggunaan media baru dalam kraf iaitu aplikasi teknologi Internet of Things (IoT) dengan bertemakan Ekspresi Kraf Negaraku. Ia bakal menjadi platform untuk memperkenalkan penggunaan teknologi baru dalam aspek pengkomersialan kraf, pembangunan modal insan, pemuliharaan, pemeliharaan dan perlindungan bagi memastikan kelestarian industri kraf negara. Antara pengisian aktiviti menarik sepanjang HKK 2018 berlangsung adalah seperti Pameran Kraf Baru, Padanan Perniagaan, Demonstrasi Kraf, Jualan Kraf, Fun Craft, Pocket Talk, Persembahan Kesenian, Sajian Negaraku, Lensa Kraf : Sangga Negara dan Pertandingan Tari Rakyat Malaysia serta lain-lain aktiviti yang mempunyai news value bagi hebahan kepada masyarakat.

Kemudahan tempat letak kenderaan adalah di Pusat Perubatan Prince Court, DDEC, Hotel Royal Chulan, Eaton House & Badan Warisan.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan kedua-dua majlis tersebut.

Sumber : KRAFTANGAN MALAYSIA

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT, KRAFTANGAN MALAYSIA
Tel : 03-2161 3793
www.kraftangan.gov.my

Nama : Cik Azima
Tel : 013-727 6672

Nama : Cik Norehan
Tel : 012-657 8824

-BERNAMA




 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.