ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 25, 2024 -Khamis

 
 
 

Selasa 20/03/2018

JEMPUTAN MEDIA KE MAJLIS PELANCARAN DAN MENANDATANGANI PERJANJIAN BAGI PROJEK INTEGRASI DATA SARINGAN KESIHATAN PENYAKIT NCD KEBANGSAAN (NCD-iS) BERSAMA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Untuk makluman, salah satu perkara keutamaan YB Menteri Kesihatan bagi 'Primary Care As Focus of NCD Agenda 2016-2018' adalah usaha menaiktaraf sistem pengumpulan data NCD bersepadu. Justeru itu, Projek NCD-iS adalah salah satu strategi menaiktaraf sistem pengumpulan data saringan Penyakit NCD Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan integrasi bersama sistem pengumpulan data saringan NCD yang lain iaitu Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH). Projek ini merupakan kolaborasi pertama perkongsian pintar data saringan di antara KKM dengan agensi lain.

Sehubungan itu, satu majlis pelancaran dan menandatangani perjanjian bagi projek integrasi data saringan kesihatan NCD Kebangsaan (NCD-iS) bersama KKM, PERKESO dan DOSH akan disempurnakan oleh YB Datuk Seri Dr. S. Subramaniam, Menteri Kesihatan Malaysia pada ketetapan berikut:

Hari/Tarikh : Rabu 21 Mac 2018

Masa : 12.30 tengahari

Tempat : Dewan Serbaguna, Aras 8, Blok E7, Kementerian Kesihatan Malaysia, PUTRAJAYA


Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

SUMBER : Kementerian Kesihatan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Nor Suzaman bin Abdul Rahman
Tel : 013-399 7025

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.