ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 25, 2024 -Khamis

 
 
 

Selasa 13/03/2018

MAJLIS PELANCARAN CD AUDIO JAWHARAT AL-TAWḤĪD & MASTER OF LOVE DAN CERAMAH PERDANA 2018

Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) akan menganjurkan Majlis Pelancaran CD Audio Jawharat Al-Tawhīd & Master Of Love dan Ceramah Perdana 2018 seperti ketetapan berikut:

Hari/Tarikh : Jumaat 16 Mac 2018

Masa : 2.30 petang - 5.00 petang

Tempat : Dewan Besar, Institut Kefahaman Islam Malaysia, 2, Langgak Tunku Off Jalan Tuanku Abdul Halim, Kuala Lumpur


Program

2.30 petang : Pendaftaran

3.00 petang : Bacaan Doa

3.10 petang : Ucapan Alu-aluan

3.30 petang :

Ceramah 1

Ustaz Muhammad Ayman Al-Akiti

"Kepentingan Manhaj Asha'irah di Alam Nusantara"


4.00 petang :

Ceramah 2

Shaykh Mohammed Asiam

"The Prophet Muhammad : Master of Love"


4.30 petang : Majlis Pelancaran CD Jawharah a-Tawhid & Master of Love

4.45 petang : Bersurai

Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm) akan menerbitkan dua buah audio MP3 yang mengandungi syarahan lengkap kitab Jawharatul Tauhid oleh Imam Ibrahim al-Laqqani (w.1041H/ 1631M), yang disyarahkan oleh Ustaz Muhammad Ayman al-Akiti, calon doktor falsafah (PhD) di Fakulti Usuluddin di Universiti tertua dunia iaitu Universiti al-Qarawiyyin, Maghribi. Kitab Jawharatul Tauhid merupakan antara kitab-kitab penting yang membicarakan tentang aqidah Ahlul Sunnah wal Jamaah berdasarkan manhaj Imam Abu Hasan al-Asha'ari (w. 324H/936M).

CD yang akan dilancarkan ini mengandungi 20 track bermula daripada latar belakang Imam al-Laqqani hinggalah kepada Soal Jawab. CD ini dirakam di hadapan para peserta ketika Daurah Kitab Jawharatul Tauhid yang diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan pada bulan Disember 2015, dan atas permintaan ramai, ianya dicetak untuk edaran umum. Kepentingan berpegang kepada manhaj Ahlul Sunnah wal Jamaah kian terasa di zaman ini apabila pengaruh faham-faham menyeleweng dan ekstrem mula meresap masuk dengan begitu agresif sekali khususnya melalui media sosial dan internet hari ini.

Manakala CD audio kedua pula ialah CD Master of Love yang disampaikan oleh Sheikh Mohammad Aslam dalam bahasa Inggeris. Beliau merupakan antara tokoh muda yang mendapat tempat di dunia Islam hari ini. Beliau pernah belajar dengan ramai para ulama tersohor di dunia khususnya dari Syria termasuklah pernah berguru dengan ulama terkenal almarhum Dr. Said Ramadhan a-Buti. Beliau kini menetap di United Kingdom.

CD Master of Love ini mengandungi 19 track menceritakan tentang keindahan dan sifat-sifat agung Baginda SAW dalam segenap aspek kehidupan. Ianya dikupas berdasarkan kitab Shamail Muhammadiyah dengan begitu indah dan menarik sehingga menyentuh perasaan dan boleh menitiskan air mata bagi mereka yang benar-benar menghayatinya. Pengajaran daripada syarahan ini amat berguna sekali di zaman keruntuhan akhlak hari in dan betapa jauhnya umat Muhammad SAW daripada akhlak Baginda yang agung ini.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan Majlis Pelancaran tersebut.

SUMBER : Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Pn. Zawiah Md. Sari
Unit Perhubungan Korporat IKIM
Tel : 03-6204 6329/019-333 4253

Nama : Pn. Wan Zahidah Wan Zainuddin
Unit Perhubungan Korporat IKIM
Tel : 03-6204 6330/019-276 8003

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.