|
|
|
|
|
|
Isnin 12/03/2018
JEMPUTAN MEMBUAT LIPUTAN KE MAJLIS PERASMIAN KRAF KAMPUNGKU BESUT, TERENGGANU
Kraftangan Malaysia agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia akan mengadakan Majlis Perasmian Kraf KampungKu Besut, Terengganu pada ketetapan seperti berikut :
Hari/Tarikh : Khamis 15 Mac 2018
Masa : 2.00 petang
Tempat : Desa Ukiran Kayu
Kampung Raja
Besut, Terengganu
Tetamu Kehormat : YB Dato' Seri Mohamed Nazri bin Tan Sri Abdul Aziz
Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Malaysia
Program
1.30 petang : Ketibaan Tetamu Jemputan
1.45 petang : Ketibaan Dif-dif Kehormat
2.00 petang : Ketibaan
Yang Berhormat Dato' Seri Mohamed Nazri bin Tan Sri Abdul Aziz
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia
: Lagu Negaraku
: Lagu Transformasi Terengganu Baru (TTB)
: Ucapan Perasmian oleh
Yang Berhormat Dato' Seri Mohamed Nazri bin Tan Sri Abdul Aziz
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia
: Gimik Perasmian
: Penyampaian Penghargaan Rakan Strategik Kraf KampungKu
: Lawatan ke Pameran dan Jualan
: Jamuan
4.00 petang : Majlis Bersurai
Pakaian : Batik Malaysia / Pejabat
Projek Kraf KampungKu merupakan inisiatif Kraftangan Malaysia untuk membangunkan komuniti setempat di bawah Program Satu Daerah Satu Industri - Produk Kraf. Projek Kraf KampungKu Besut merupakan projek yang pertama bagi tahun 2018 dan yang kelima selepas 4 Projek Kraf KampungKu yang telah dilaksanakan pada tahun 2016 dan 2017.
Projek Kraf KampungKu Besut, Terengganu melibatkan seramai 46 orang usahawan kraf yang meliputi 32 orang usahawan kraf ukiran kayu, 10 orang usahawan kraf hasil logam (parang), dua orang usahawan kraf kayu (alat muzik rebana) dan dua orang usahawan kraf tekstil. Bagi peringkat permulaan, tumpuan adalah diberikan kepada usahawan ukiran kayu dengan penglibatan seramai 32 orang usahawan daripada 12 kampung yang terdapat di dalam Daerah Besut, Terengganu.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
Sumber : KRAFTANGAN MALAYSIA
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Bahagian Komunikasi Korporat, Kraftangan Malaysia
Tel : 03-2161 3793
www.kraftangan.gov.my
Nama : Cik Azima
Tel : 013 - 727 6672
Nama : Cik Norehan
Tel : 012 - 657 8824
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|