PIPOC 2007  
       
  LANGKAWI INTERNATIONAL DIALOGUE  
       
  IKIM :THE ROLE OF ISLAMIC  
       
  KL OIC HEALTH  
       
  PERAK ROYAL EVENT  
       
  DEVELOPING 8 (D8) MINISTERS MEETING ON FOOD SECURITY  

 
 

Ogos 18, 2018 -Sabtu

 
 
 

Rabu 14/02/2018

SIDANG AKHBAR MAJLIS BAGI SAMBUTAN RUMAH TERBUKA SEMPENA PERAYAAN TAHUN BARU CINA PERINGKAT NEGERI SELANGOR TAHUN 2018

Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dan Pengangkutan, Negeri Selangor dan Invest Selangor Berhad sebagai Urusetia akan menganjurkan "Sambutan Rumah Terbuka Sempena Perayaan Tahun Baru Cina Peringkat Negeri Selangor Tahun 2018" pada 24hb Februari 2018 (Sabtu) jam 7.00 malam di Dataran Petaling Jaya, Jalan Timur, Seksyen 52, 46200 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Sebagai makluman, Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor dan Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor telah berkenan untuk mencemar duli bagi menyempurnakan majlis ini.

Sehubungan itu, wakil-wakil media adalah dijemput untuk hadir ke sidang akhbar ini yang akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:

Hari/Tarikh : Rabu 14 Februari 2018

Masa : 12.00 tengahari

Tempat : Pejabat Y.B. Dato' Teng Chang Khim
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan,
Perindustrian & Perdagangan, Industri
Kecil & Sederhana dan Pengangkutan
Tingkat 3,
Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.


Bersama-sama ini disertakan "Aturcara Program" (24 Februari 2018) dan "Borang Pengesahan Kehadiran" untuk tindakan pihak tuan/puan.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

SUMBER : Invest Selangor Berhad

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Pn. Haslinda / Pn. Maryani/ Pn. Suhaila
Tel : 03-55102005
Email : haslinda@investselangor.my/ maryani@investselangor.my/ suhaila@investselangor.my


-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2018 MREM . All rights reserved.