PIPOC 2007  
       
  LANGKAWI INTERNATIONAL DIALOGUE  
       
  IKIM :THE ROLE OF ISLAMIC  
       
  KL OIC HEALTH  
       
  PERAK ROYAL EVENT  
       
  DEVELOPING 8 (D8) MINISTERS MEETING ON FOOD SECURITY  

 
 

Jun 22, 2018 -Jumaat

 
 
 

Selasa 09/01/2018

MAJLIS PENYERAHAN KUNCI BANGUNAN KAFA INTEGRASI TAMAN DESA KEMANDUL, KUALA LANGAT

Semua rakan media adalah dijemput untuk membuat liputan Majlis Penyerahan Kunci Bangunan KAFA Integrasi Taman Desa Kemandul, Kuala Langat seperti ketetapan berikut:

Hari/Tarikh : Rabu 10 Januari 2018

Masa : 2.00 petang

Tempat : Sekolah KAFA Integrasi Taman Desa Kemandul, Kuala Langat


Klik sini untuk Aturcara Majlis

Majlis Penyerahan Kunci Bangunan KAFA Integrasi ini merupakan simbolik penyerahan bangunan secara rasmi menerusi Inisiatif Tanggungjawab Korporat (CSR) PKNS dengan sumbangan kewangan berjumlah RM170,000 bagi kerja-kerja pembinaan.

Majlis akan dirasmikan oleh Sahibus Sa'adah Dato' Haji Haris Bin Kasim, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan turut hadir ialah YBhg. Datin Paduka Dr. Hajah Noraida Mohd Yusof, Ketua Pegawai Eksekutif PKNS.

Sekolah KAFA Integrasi Taman Desa Kemandul merupakan sekolah Fardu Ain yang pertama ditubuhkan di Daerah Kuala Langat dan yang kedua di Negeri Selangor dengan majoriti penduduknya merupakan masyarakat Orang Asli.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan Majlis Penyerahan Kunci tersebut.

SUMBER : Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama : Ain
Tel : 03-55250300 / ext- 1070 atau 013-6826360

-BERNAMA




 
 
 

Copyright @ 2018 MREM . All rights reserved.