PIPOC 2007  
       
  LANGKAWI INTERNATIONAL DIALOGUE  
       
  IKIM :THE ROLE OF ISLAMIC  
       
  KL OIC HEALTH  
       
  PERAK ROYAL EVENT  
       
  DEVELOPING 8 (D8) MINISTERS MEETING ON FOOD SECURITY  

 
 

Julai 21, 2018 -Sabtu

 
 
 

Isnin 08/01/2018

JEMPUTAN MEDIA KE MAJLIS PENYAMPAIAN CEK INTERIM PERTAMA SISTEM INSURANS PEKERJAAN (SIP) OLEH MENTERI SUMBER MANUSIA

PERKESO berhasrat untuk menjemput semua media ke Majlis Penyampaian Cek Interim Pertama seperti berikut:

Hari/Tarikh : Rabu 10 Januari 2018

Masa : 02.00 Petang

Tempat : Kementerian Sumber Manusia (KSM)
Dewan Serbaguna KSM Blok D3
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62530 Wilayah Persekutuan Putrajaya

Penyampaian akan dilaksanakan oleh : YB Dato' Sri (Dr) Richard Riot Jaem, Menteri Sumber Manusia


Hampir 10 hari semenjak bantuan interim Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) dilancarkan pada 1 Januari 2018, PERKESO telah meluluskan permohonan pertama oleh En Mohd Ridzuan Bin Darus dari Kajang. Mohd Ridzuan telah diberikan tawaran Mutual Separation Scheme (MSS) oleh majikannya mulai 1 Januari 2018.

Beliau akan menerima bantuan interim pertamanya dari Dato' Sri (Dr) Richard Riot, Menteri Sumber Manusia.

Kehadiran tuan/puan amat dihargai bagi memastikan maklumat terkini mengenai SIP dapat disampaikan kepada semua golongan masyarakat di negara ini terutamanya golongan majikan dan pekerja.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.


SUMBER : PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL (PERKESO)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Pn Wan Norshakila
Tel : 012-6040964

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2018 MREM . All rights reserved.