ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 26, 2024 -Jumaat

 
 
 

Isnin 20/11/2017

NOTA PENGARANG: SIDANG MEDIA IFACCA 8th WORLD SUMMIT ON ARTS AND CULTURE (Sidang Kemuncak Dunia Seni Dan Budaya)

Dengan segala hormatnya, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) akan mengadakan Sidang Media bagi menghebahkan mengenai IFACCA 8th World Summit on Arts and Culture (Sidang Kemuncak Dunia Seni dan Budaya) seperti di butiran berikut:

PERKARA : Sidang Media IFACCA 8th World Summit on Arts and Culture (Sidang Kemuncak Dunia Seni dan Budaya)

Hari/Tarikh : Selasa 21 November 2017

Masa : 3.00 petang

Tempat : Bunga Raya Room (pembentangan)
Bunga Room (sidang media),
Hotel Seri Pacific, Jalan Putra, Chow Kit, Kuala Lumpur


Program

3.00-4.00 pm : Pembentangan Panel Diskusi: Sidang Kemuncak Dunia Seni dan Budaya
: Pembentangan Tuan Rumah
: Sesi Soal Jawab

4.30-5.00 pm : Sidang Media
: Sesi Foto


World Summits on Arts and Culture (Sidang Kemuncak Dunia Seni dan Budaya) ialah antara program utama yang dianjurkan IFACCA sekali setiap tiga (3) tahun. Sejak 2000, enam (6) ahli IFACCA telah menjadi tuan rumah acara ini, iaitu Kanada, Singapura, England, Afrika Selatan, Chile, Australia dan Malta (Sidang Kemuncak Ke-7).

Sebagai forum antarabangsa, ia mengumpulkan kesemua ahli IFACCA termasuk penggubal polisi, pentadbir dan aktivis seni dan budaya untuk membincangkan kepentingan mereka kepada arena politik, sosial dan ekonomi dunia.

Sidang media ini bertujuan memperjelaskan Sidang Kemuncak Dunia Seni dan Budaya Ke-8 yang akan dilaksanakan di Kuala Lumpur pada 11-14 Mac 2019. Culture, Knowledge and Change akan menjadi temanya. Ia akan dianjurkan bersama oleh IFACCA dan JKKN. Ia dijangka menarik kedatangan pemimpin dan penggubal polisi seni budaya sehingga 80 buah negara.

Sila sahkan kehadiran kepada En. Khairul Anuar (Roy) di talian 03-2614 8200 / 016-5539062 atau En. Nik Fais di 016-3433415 untuk mempermudahkan tugas wakil media.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan sidang media tersebut.

Sumber : Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT & RSVP SILA HUBUNGI:
Nama : En. Khairul Anuar (Roy)
Tel : 03-2614 8200 / 016-5539062

Nama : En. Nik Fais
Tel : 016-3433415

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.