|
|
|
|
|
|
Jumaat 17/11/2017
MAJLIS PELANCARAN PUSAT PEMBIAYAAN KOMERSIAL AGROBANK
Agrobank akan merasmikan Pusat Pembiayaan Komersial Agrobank yang pertamanya di Malaysia. Pusat pembiayaan Komersial ini akan dirasmikan oleh YB Dato' Sri Diraja Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri. Butiran majlis adalah seperti berikut:
Hari/Tarikh : Ahad 19 November 2017
Masa : 1.30 petang - 4.00 petang
Tempat : Pusat Pembiayaan Komersial Agrobank Hutan Melintang,
No 7, Tingkat Bawah, Lorong Lagenda 1, Medan Niaga Lagenda,
36400, Hutan Melintang, Perak
Program
Sila klik disini
Untuk makluman rakan-rakan media, Pusat Pembiayaan Komersial Hutan Melintang merupakan pusat kewangan kedua seumpamanya yang dibuka selepas Cameron Highland, Pahang yang dirasmikan Oktober tahun lalu. Pusat Pembiayaan Komersial ini berfungsi sebagai 'One Stop Centre' kepada usahawan yang menjalankan perniagaan berasaskan pertanian untuk mendapatkan pembiayaan bernilai RM51,000 sehingga RM10 juta.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis pelancaran tersebut.
Sumber : Agrobank
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Puan Syuhada Abdul Rais
Pegawai Perhubungan Awam
Tel : 03-2731 1600 (ext 1651) / 012-672 4732
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|