ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 25, 2024 -Khamis

 
 
 

Jumaat 13/10/2017

MUZAKARAH PAKAR "KESIHATAN MENTAL: PERSPEKTIF ISLAM & NEUROPSIKIATRI"

Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia akan menganjurkan Muzakarah Pakar "Kesihatan Mental: Perspektif Islam & Neuropsikiatri" seperti ketetapan berikut :

Hari/Tairkh : Selasa 17 Oktober 2017

Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang

Tempat : Dewan Besar, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

Sila klik di sini untuk Program

Pengenalan

Menurut National Health and Morbidity Survey (NHMS 2015), prevalens masalah kesihatan mental di Malaysia menunjukkan peningkatan daripada 10.7% pada tahun 1996 kepada 29.2% (4.2 juta) pada tahun 2015. Statistik ini menggambarkan cabaran hebat yang dihadapi oleh pakar psikologi dan psikiatri pada hari ini dalam merawat perubahan fungsi insan seperti tingkahlaku, pemikiran dan hal yang berkait dengan kejiwaan. Masalah mental yang tidak dirujuk tepat kepada pakar akan merumitkan lagi keadaan. Walau bagaimanapun, pakar psikiatri dan psikologi juga perlu menitikberatkan pandangan dan elemen agama dalam mengaplikasikan ilmu dan rawatan kepada masyarakat agar tidak jauh daripada landasan Islam yang sebenar.

Pengkayaan ilmu agama dalam bidang perubatan mampu memberi nilai tambah kepada profesionalisme kedoktoran yang menyumbang kepada kesihatan jasmani dan rohani ummah. Oleh itu, perlu ada usaha untuk mencari kesepakatan kefahaman dan kerjasama padu antara pakar kesihatan dan pakar agama dalam menyelesaikan permasalahan masyarakat yang mengalami tekanan mental dan pelbagai masalah yang berkait dengan neuropsikopatologi. Kesepakatan ini penting kerana peranan dan sumbangan sinergi mereka memberi kesan besar atas pengurusan kehidupan seseorang insan. Justeru, amatlah penting untuk melihat dan memperhalusi isu-isu yang melibat neuropsikiatri dan kesihatan mental kerana ia melibatkan pembangunan kesihatan masyarakat awam. Masyarakat perlu difokuskan untuk membangunkan strategi pencegahan awal dan program yang lebih efektif dalam pengurusan kesihatan dan kesejahteraan mental.

Objektif

i. Melihat isu-isu kesihatan mental yang semakin membarah dalam masyarakat menurut pandangan Islam, psikiatri dan neurosains;

ii. Meninjau cabaran profesionalisme kedoktoran dan ilmuwan agama dalam menangani isu masalah mental dan kejiwaan berasaskan ilmu perubatan semasa dan pandangan Islam; dan

iii. Mencari kesepakatan kefahaman khususnya yang berkaitan dengan neuropsikopatologi.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan program tersebut.

Sumber : Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Unit Perhubungan Korporat IKIM
Nama : Pn. Zawiah
Tel : 03-6204 6329/012-333 4253

Nama : Pn. Wan Zahidah
Tel : 03-6204 6330 / 019- 276 8003

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.